Hari Kebangsaan, Hari Sabah disambut serentak tahun ini

KOTA KINABALU- Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah pada tahun ini menjadi lebih bermakna apabila kedua-dua hari penting itu disambut secara serentak.

“Kerajaan Negeri pada Jun lalu telah mewartakan Hari Sabah untuk memperingati hari bersejarah ini.

“Saya berharap tiada kekeliruan khususnya dalam konteks penganjuran Hari Kebangsaan dan Hari Sabah kerana kita di negeri ini meraikannya pada 31 Ogos yang menjadi titik penyatuan berbilang kaum,” katanya.

Beliau berucap demikian ketika merasmikan Program Pelancaran Bulan Kebangsaan 2024 anjuran Jabatan Penerangan Sabah, di Perkarangan Bangunan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), di sini hari ini.

Dalam pada itu, tegas beliau, Kerajaan Negeri sentiasa berusaha membawa pembangunan dan kemakmuran untuk rakyat Sabah.

“Beberapa sektor penting dalam agenda hala tuju Sabah Maju Jaya terus menjadi keutamaan antaranya keterjaminan makanan, meningkatkan pelaburan dari dalam dan luar negara serta pelancongan.

“Menoktahkan miskin tegar, meningkatkan infrastruktur, pendidikan, meningkatkan penyampaian perkhidmatan dan keselamatan, serta penekanan kepada modal insan khususnya generasi muda yang bakal mewarisi kepimpinan untuk lebih gigih mempertahankan kedaulatan negara dari diganggu oleh pihak tidak bertangungjawab,” katanya.

Sebagai rekod, pelbagai program menarik sepanjang Bulan Kebangsaan bagi meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat Sabah.

Antaranya termasuk Kembara Merdeka, Simphoni Jiwa Merdeka dan Program Merdeka Komuniti Peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Related Posts

Mustapha hargai PMX, naikkan bayaran interim pemberian khas Sabah kepada RM1.5 bilion

KOTA KINABALU – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Ts. Mustapha Sakmud menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pengumuman kenaikan bayaran interim pemberian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gara-gara mabuk, 9 lelaki ditahan merusuh di pusat snuker

BETONG – Padah terlibat dalam pergaduhan akibat pengaruh alkohol, sembilan lelaki ditahan selepas dipercayai merusuh di sebuah pusat snuker di Pasar Debak pada Jumaat. Tangkapan itu susulan penularan sebuah video…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mustapha hargai PMX, naikkan bayaran interim pemberian khas Sabah kepada RM1.5 bilion

Mustapha hargai PMX, naikkan bayaran interim pemberian khas Sabah kepada RM1.5 bilion

Gara-gara mabuk, 9 lelaki ditahan merusuh di pusat snuker

Gara-gara mabuk, 9 lelaki ditahan merusuh di pusat snuker

AS puji Malaysia atas peranan aktif sokong keamanan Thailand-Kemboja

AS puji Malaysia atas peranan aktif sokong keamanan Thailand-Kemboja

Pas dijangka pilih kerjasama dengan kem Hamzah, hubungan dengan Bersatu makin renggang

Pas dijangka pilih kerjasama dengan kem Hamzah, hubungan dengan Bersatu makin renggang

AS buka ruang kerjasama misil dengan Malaysia susulan sekatan Norway

AS buka ruang kerjasama misil dengan Malaysia susulan sekatan Norway

Bekalan minyak dunia kritikal jika Selat Hormuz tidak dibuka

Bekalan minyak dunia kritikal jika Selat Hormuz tidak dibuka