Mazhab rasmi negara ialah Ahli Sunnah Waljamaah

JAWATANKUASA Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (Jawatankuasa Fatwa MKI) sebulat suara memutuskan bahawa Ahli Sunnah Waljamaah adalah mazhab rasmi negara ini dari segi perundangan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, perkara itu diputuskan ketika Jawatankuasa Fatwa MKI bersidang pada 21 dan 22 Oktober lalu.

“Kerajaan telah mengambil beberapa langkah penting dalam memantapkan pendekatan Ahli Sunah Waljamaah yang bersifat wasatiyah, mengutamakan kesederhanaan dan mengurangkan pergeseran dalam kalangan umat Islam, terutama membabitkan perbezaan aliran.

“Kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada agenda penyatuan umat Islam di negara ini, sambil memberi penekanan kepada usaha memperkukuhkan pegangan Ahli Sunah Waljamaah dan menjauhi sikap ekstrem yang timbul akibat perbezaan pandangan serta aliran pemikiran,” katanya pada sidang Dewan Negara, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mengena inisiatif Kerajaan MADANI untuk menangani pertembungan pelbagai aliran pemikiran Islam yang boleh menjejaskan perpaduan ummah.

Zulkifli menambah, Jawatankuasa Fatwa MKI yang bersidang pada 5 Mei 1996 memutuskan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunah Waljamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak.

Antara usaha dan langkah kerajaan ialah pengukuhan peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui kerjasama dengan institusi agama Islam negeri bagi memastikan pengurusan dan pentadbiran agama Islam selari dengan prinsip-prinsip Ahli Sunah Waljamaah.

“Penyelarasan dan penyeragaman fatwa serta undang-undang syariah juga dilaksanakan secara teratur bersama pihak berkuasa agama negeri.

“Jawatankuasa Fatwa MKI adalah antara platform terbaik bagi menangani pertembungan aliran pemikiran ini. MKI bersidang sekurang-kurang tiga kali setahun untuk menyelaras serta menyeragamkan hukum-hukum fatwa agar menjadi rujukan peringkat kebangsaan dan peringkat negeri,” katanya.

Related Posts

Fahmi cadang taklimat berkala isu sempadan Sabah-Kalimantan Utara

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mencadangkan supaya sesi taklimat media secara berkala diadakan berhubung pelaporan isu penyelesaian sempadan darat sektor Sabah-Kalimantan Utara (KALTARA) bagi mengelakkan salah faham…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Had umur 16 tahun akaun media sosial: MCMC teruskan libat urus

KUALA LUMPUR – Kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) masih meneruskan sesi libat urus bersama pelbagai pihak berkepentingan sebelum pelaksanaan had umur 16 tahun bagi pembukaan akaun media…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kebakaran besar musnahkan 200 rumah atas air

Kebakaran besar musnahkan 200 rumah atas air

Kerajaan sedia RM28.8 juta untuk pembangunan industri halal

Kerajaan sedia RM28.8 juta untuk pembangunan industri halal

Penamatan kontraktor projek kolam renang awam undang persoalan

Penamatan kontraktor projek kolam renang awam undang persoalan

Fahmi cadang taklimat berkala isu sempadan Sabah-Kalimantan Utara

Fahmi cadang taklimat berkala isu sempadan Sabah-Kalimantan Utara

Had umur 16 tahun akaun media sosial: MCMC teruskan libat urus

Had umur 16 tahun akaun media sosial: MCMC teruskan libat urus

Permohonan kuota BUDI95 media dibawa ke MTEN – Fahmi

Permohonan kuota BUDI95 media dibawa ke MTEN – Fahmi