Pendidikan tinggi bentuk pemikiran kritis pelajar – TYT Sarawak

KUCHING – Pendidikan tinggi memainkan peranan penting dalam membentuk pemikiran kritis dalam kalangan pelajar.

Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pendidikan tinggi bukan sahaja medan memperoleh sijil tetapi melahirkan tanggungjawab sosial dan semangat keusahawan pelajar.

“Pendidikan yang berkualiti bukan sekadar melahirkan graduan, tetapi membentuk individu yang mampu menyumbang secara bermakna kepada masyarakat dan negara,” ujar beliau dalam kenyataan di Facebook rasminya pada Khamis.

Sementara itu, Wan Junaidi dan isteri, Datin Seri Fauziah Mohd Sanusi menerima kunjungan hormat daripada delegasi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak yang diketuai oleh Profesor Dr. Firdaus Abdullah, Rektor UiTM Cawangan Sarawak di Bilik Menghadap Utama, Astana Negeri Sarawak.

Pertemuan tersebut membincangkan peranan UiTM dalam ekosistem pendidikan tinggi di Sarawak.

Difahamkan pelbagai cabaran dan peluang dibincangkan termasuk usaha memperkukuh UiTM sebagai pemacu utama pembangunan modal insan Bumiputera di Sarawak.

Wan Junaidi menghargai pertemuan ini dan berharap agar perbincangan yang berlangsung dapat diterjemahkan ke dalam tindakan nyata demi manfaat semua pihak.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP