Anak daripada ibu warganegara Malaysia, lahir di luar negara kini layak mohon kerakyatan

PUTRAJAYA – Kanak-kanak berusia 18 tahun dan ke bawah yang dilahirkan sebelum penguatkuasaan Akta Perlembagaan (Pindaan) 2024, oleh ibu warganegara Malaysia dan bapa bukan warganegara, boleh memohon kewarganegaraan di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan.

Ketetapan itu dicapai berikutan persetujuan yang dicapai dalam saman pemula sekumpulan enam ibu warganegara Malaysia berhubung status kerakyatan kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara yang direkodkan di Mahkamah Persekutuan semalam.

Mengikut perintah persetujuan berkenaan, kanak-kanak di bawah umur 18 tahun yang dilahirkan di luar negara oleh ibu wanita Malaysia yang bersuamikan warga asing kini layak memohon status kerakyatan Malaysia, mengikut Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan.

Terma perintah persetujuan, yang dipersetujui antara enam wanita terbabit dan Persatuan Sokongan Keluarga dan Kebajikan Selangor & Kuala Lumpur (Family Frontiers) selaku perayu dan kerajaan, semalam direkodkan panel lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Turut bersidang, Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Datuk Abang Iskandar Abang Hashim; dan tiga Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Nallini Pathmanathan, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Hanipah Farikullah, memetik laporan Berita Harian.

Pada prosiding tersebut, Peguam Datuk Dr Gurdial Singh Nijar, yang mewakili semua perayu, memaklumkan kepada mahkamah, semua pihak telah bersetuju untuk mengekalkan keputusan yang diputuskan Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur empat tahun lalu.

Pada 9 September 2021, Mahkamah Tinggi membenarkan saman pemula perayu dan memutuskan kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warga Malaysia yang berkahwin dengan warga asing, memperoleh kerakyatan mengikut undang-undang.

Peguam itu berkata, sehubungan itu kedua-dua perayu ingin menarik balik rayuan mereka selepas mencapai penyelesaian dengan kerajaan sebagai responden.

Gurdial berkata, mengikut perintah persetujuan itu, kanak-kanak yang kesemuanya dilahirkan sebelum penguatkuasaan Akta Perlembagaan (Pindaan) 2024, dan masih berumur 18 tahun atau lebih muda, kepada ibu warganegara Malaysia dan bapa bukan warganegara, boleh memohon kewarganegaraan di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan.

Peruntukan itu membolehkan seseorang di bawah umur 21 tahun didaftarkan sebagai warganegara jika sekurang-kurangnya salah seorang ibu bapa adalah warganegara persekutuan.

“Saya dengan sukacitanya memaklumkan kepada mahkamah bahawa selepas prosiding terakhir, perayu terbabit dalam rundingan yang serius dengan pihak kerajaan.

“(Dalam perbincangan itu) kami telah bersetuju dengan terma yang dinyatakan dalam perintah persetujuan kami untuk menyelesaikan perkara ini dan menarik balik rayuan.

“Kami telah mencapai syarat yang dipersetujui untuk menyelesaikan perkara ini dan sehubungan itu rayuan ini ditarik balik,” katanya.

Sementara itu, Peguam Kanan Persekutuan Liew Horn Bin mengesahkan perkara berkenaan.

Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan membenarkan kanak-kanak di bawah umur 21 tahun dengan sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapa warganegara Malaysia, didaftarkan sebagai warganegara.

Kanak-kanak itu akan diberikan kewarganegaraan jika permohonan itu memenuhi keperluan Perkara 26 (1), mengikut prosedur di bawah Perkara 15(2), dan termasuk semua dokumen sokongan yang diperlukan, seperti yang digariskan dalam Akta Perlembagaan (Pindaan) 2024.

Perkara 26(1) Perlembagaan menyatakan bahawa tiada seorang pun boleh dilucutkan kewarganegaraannya kecuali mengikut undang-undang.

Pada September 2021, Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang berpihak kepada Family Frontiers dan enam ibu terbabit dengan memutuskan anak-anak yang dilahirkan di luar negara berhak mendapat kerakyatan Malaysia, tetapi keputusan itu dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan dengan keputusan majoriti 2-1 pada 5 Ogos 2022.

Pada 14 Disember 2022, Mahkamah Persekutuan memberi kebenaran kepada Family Frontiers untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berkenaan.

Family Frontiers bersama enam ibu warganegara Malaysia yang bersuamikan warga asing dan mempunyai anak yang dilahirkan di luar negara itu memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi, dengan menuntut hak anak mereka untuk mendapat kewarganegaraan Malaysia.

Mereka memfailkan saman terhadap kerajaan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri, dan ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Mereka juga memohon perintah mahkamah supaya semua agensi kerajaan yang berkaitan, termasuk JPN, Jabatan Imigresen, dan perwakilan diplomatik Malaysia untuk mengeluarkan dokumen kewarganegaraan (termasuk pasport dan kad pengenalan) kepada kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara kepada wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing.

Related Posts

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PADANG BESAR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) mempertingkatkan kawalan di stesen minyak berhampiran sempadan negara menerusi pelaksanaan Ops Tiris 4.0 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kekal harga diesel: Rakyat Sarawak rai inisiatif, zahir penghargaan buat Kerajaan MADANI

Oleh: JASMINE AE, NANA MOHAMAD, HAFIQ HASSAN & HELDA JULIE KUCHING – Keputusan Kerajaan MADANI mengekalkan harga bahan api diesel pada kadar RM2.15 seliter di Sarawak disambut baik dan disifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi