PM puji LHDN berjaya kutip cukai tertinggi, RM184.8 bilion pada 2024

LEMBAGA Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjaya mengutip cukai sebanyak RM184.805 bilion pada tahun lalu berbanding tahun sebelumnya, RM183.3 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kecekapan LHDN menjadi saksi memastikan rakyat Malaysia menunaikan tanggungjawab masing-masing mendorong kepada peningkatan kutipan hasil sebanyak RM1.465 bilion.

Anwar berkata, LHDN juga tidak memilih bulu memastikan golongan sewajarnya seperti golongan atasan atau mahakaya untuk menunaikan tanggungjawab membayar cukai.

“Ini mungkin julung-julung kali berlaku di mana tokoh-tokoh korporat utama memenuhi tanggungjawab mereka membayar hasil sehingga tiada mana-mana pihak merayu kepada saya.

“Kalau umpamanya Tun dan Tan Sri, mereka akan terus menghubungi pegawai atasan dan orang yang mempunyai tanggungjawab itu mendapat tekanan,” katanya hari ini.

Ujarnya, Malaysia adalah antara negara ASEAN yang memberikan pelepasan cukai paling banyak, terutama bagi golongan bawahan B40 dan M40 keperluan keluarga, pendidikan dan kesihatan mereka

“Cukai tidak seharusnya terlalu tinggi sehingga membebankan rakyat kerana jika berlebihan, ia boleh mengurangkan produktiviti dan menyebabkan orang mencari jalan untuk mengelak daripada membayar cukai.

“Siapa yang harus membayar cukai? Jawapannya ialah mereka yang berkemampuan dan mempunyai pendapatan yang lebih tinggi,” katanya.

Related Posts

Simpanan persaraan lebih terjamin dengan i-Legasi, i-Emas

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan i-Legasi dan i-Emas bagi memperkukuh jaminan kewangan serta memastikan kelangsungan simpanan persaraan ahli dalam jangka panjang. Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO