Syed Saddiq bakal terima peruntukan Parlimen – Fadillah Yusof

KUCHING – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bakal menerima peruntukan untuk kawasan Parlimen beliau di Muar.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, peruntukan tersebut berikutan kesediaan kerajaan mempertimbangkan permohonan beliau.

“Ketika ini, pihak kerajaan berada dalam fasa terakhir menyiapkan draf perjanjian dengan Ahli Parlimen Muar,” jelas beliau yang merangkap Ahli Parlimen Petrajaya.

Tambah beliau, isu peruntukan itu selesai kerana hanya Ahli Parlimen Muar memberi maklum balas dengan mengemukakan surat rasmi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Agihan Bubur Pedas Kejiranan Mesra Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Kompleks Sukan Satok pada Sabtu.

Selain itu, ketika ditanya oleh media, Fadillah menjelaskan setakat ini tiada Ahli Parlimen pembangkang selain Syed Saddiq berjumpa dan mengemukakan surat kepada pihak kerajaan.

Related Posts

Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

KUALA LUMPUR – Kajian Suara Wanita 2025/2026 membawa kepada lima hala tuju dasar yang wajar diberi perhatian kerajaan, sektor swasta dan masyarakat sivil, kata Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Abu Bakar digugurkan, Izizam terajui Bersatu Perlis

KANGAR – Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah digugurkan daripada jawatan Ketua Badan Pimpinan Negeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perlis berkuat kuasa 3 September lalu. Jawatan tertinggi Bersatu negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia perlu lahir lebih ramai bakat STEM, kuasai teknologi sendiri – Anwar

Malaysia perlu lahir lebih ramai bakat STEM, kuasai teknologi sendiri – Anwar

Dakwaan Abdul Hadi AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan perlu dibongkar pihak berkuasa

Dakwaan Abdul Hadi AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan perlu dibongkar pihak berkuasa

Ibu bapa dibenar tidak hantar anak ke sekolah jika bimbang jerebu – Fadhlina

Ibu bapa dibenar tidak hantar anak ke sekolah jika bimbang jerebu – Fadhlina

Wisma Putra nasihat rakyat Malaysia semak status penerbangan di Jakarta

Wisma Putra nasihat rakyat Malaysia semak status penerbangan di Jakarta

PM Anwar mahu bakat STEM tidak sekadar dikenal pasti, perlu dibimbing

PM Anwar mahu bakat STEM tidak sekadar dikenal pasti, perlu dibimbing

Bekalan bahan api stabil, harga minyak global dijangka kekal tinggi

Bekalan bahan api stabil, harga minyak global dijangka kekal tinggi