Projek tebatan banjir, isu sempadan antara dibincang dengan PM Thailand

MALAYSIA dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri berkata, dalam satu perbualan telefon bersama rakan sejawat dari Thailand, Paetongtarn Shinawatra semalam, mereka membincangkan beberapa perkara penting membabitkan kedua-dua negara.

“Hal itu termasuk isu di sempadan seperti di Sungai Golok membabitkan komitmen kerajaan Thailand dengan dana untuk projek pembangunan pasca banjir.

“Turut dibincangkan adalah komitmen kerjasama lebih teguh berkaitan kawalan saliran air dalam mengurangkan risiko banjir dan inisiatif tebatan banjir baharu bagi pengurusan dan perlindungan pantai.

“Kami juga membincangkan komitmen terkait proses dialog damai di Selatan Thailand termasuk pelantikan ketua perunding baharu,” katanya.

Sementara itu, dalam satu hantaran berasingan, Anwar berkata, kerjasama padu antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri perlu dipertingkat dan diperhebatkan lagi demi kebajikan rakyat.

Perdana Menteri berkata, perkara itu ditegaskan beliau ketika mengadakan pertemuan berasingan dengan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

“Saya titipkan pesanan, pastinya segala perancangan jangka pendek dan panjang, perlu mengambil kira kepentingan rakyat yang dahagakan pembangunan tanpa melupakan prinsip manusiawi dan menuntut pentadbiran yang menjaga rakyatnya, yang menguatkuasakan undang-undang secara adil, serta yang beroperasi dengan telus,” ujarnya.

Dalam hantaran itu beliau memaklumkan menerima warkah persilaan daripada Mohd Shukri sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail yang dijadual berlangsung 17 April depan.

Related Posts

Tahap integriti penjawat awam makin baik

KUALA LUMPUR – Tahap integriti dalam kalangan penjawat awam menunjukkan trend peningkatan yang positif, susulan pelbagai inisiatif dan mekanisme pengukuhan nilai yang diperkenalkan kerajaan bagi memperkasakan perkhidmatan awam. Ketua Setiausaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Izzah titip penghargaan dalam ucapan akhir sebagai Timbalan Presiden PKR

AYER KEROH – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menyampaikan amanat akhirnya sebagai pemimpin nombor dua parti itu pada ucapan penggulungan Kongres Nasional PKR 2026 di Pusat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua polis peronda ditahan terima rasuah RM14,000

Dua polis peronda ditahan terima rasuah RM14,000

‘Biar DAP habiskan persidangan dahulu’ – Anwar

‘Biar DAP habiskan persidangan dahulu’ – Anwar

Tahap integriti penjawat awam makin baik

Tahap integriti penjawat awam makin baik

Jentera Pilihan Raya PKR akan dikelolai Amirudin Shari

Jentera Pilihan Raya PKR akan dikelolai Amirudin Shari

Tian Chua sedia kembali ke PKR

Tian Chua sedia kembali ke PKR

Gempa bumi Sumatera: Pulau Pinang terkawal, tiada cedera

Gempa bumi Sumatera: Pulau Pinang terkawal, tiada cedera