Kuantan 188 tawar pakej sahur

KUANTAN – Menara Kuantan 188 tampil menawarkan pakej sahur dan Qiamullail bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadan kali ini.

Pakej itu ditawarkan pada harga RM30 bagi seorang peserta dan RM50 untuk dua orang.

Program sahur dan Qiamullail itu bermula jam 4 pagi hingga 7 pagi dengan pengisian ilmiah dan kerohanian kepada setiap peserta yang mengambil bahagian.

Bagi memberi peluang kepada lebih ramai dapat menyertai pakej itu, Kuantan 188 menyediakan tiga slot khas setiap hujung minggu bermula 8 dan 9 Mac ini.

Seterusnya pakej berkenaan akan ditawarkan pada 15 dan 16 Mac serta 23 dan 24 Mac.

Pihak pengurusan Kuantan 188 – Infiniti Indah Sdn Bhd – memaklumkan, program itu mendapat kerjasama dari Maahad Tahfiz Negeri Pahang dan Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang.

Orang ramai yang berminat menyertai pakej ditawarkan boleh melayari laman sosial Facebook Kuantan 188 bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Related Posts

Jumlah mangsa maut kemalangan LPT meningkat kepada lima

TEMERLOH — Seorang remaja lelaki yang sebelum ini dilaporkan cedera dalam kemalangan 11 kenderaan di Lebuhraya Pantai Timur pada 31 Ogos lalu, disahkan telah meninggal dunia. Mangsa, Sebastian Seow Jhen,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program ‘See The Ability Not Disability’ serlah potensi anak istimewa di Mukah

MUKAH – Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di daerah ini diberikan ruang dan peluang mengetengahkan bakat serta potensi diri menerusi penganjuran Program “See The Ability Not Disability” di Dewan Serbaguna…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jenazah Dr Ainul, Kapten Zainol Afiq dibawa pulang hari ini

Jenazah Dr Ainul, Kapten Zainol Afiq dibawa pulang hari ini

Jumlah mangsa maut kemalangan LPT meningkat kepada lima

Jumlah mangsa maut kemalangan LPT meningkat kepada lima

Program ‘See The Ability Not Disability’ serlah potensi anak istimewa di Mukah

Program ‘See The Ability Not Disability’ serlah potensi anak istimewa di Mukah

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull