Kanak-kanak lelaki melecur akibat letupan gas LPG

TUARAN – Seorang kanak-kanak lelaki melecur di muka dan badan apabila terkena letupan tong gas petroleum cecair (LPG) di rumahnya di Kampung Berungis di sini, pada Ahad.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Mohammad Nor Amit berkata, kejadian berlaku kira-kira pada pukul 2 petang di rumah ketika mangsa bersendirian.

“Bomba menerima panggilan pada pukul 2.22 petang dan tiba di lokasi kejadian pada pukul 2.32 petang.

“Sebaik tiba, mangsa yang berumur 10 tahun telah dihantar ke hospital oleh orang awam,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut Mohammad, disyaki terdapat kebocoran pada paip silinder gas dari peti sejuk yang mencetuskan letupan itu.

Jelas beliau, siasatan mengenai punca kejadian masih dijalankan.

Tambahnya, bagi memastikan tiada bahaya lain yang wujud, bomba menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian dan menamatkan operasi pada pukul 2.40 petang.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok