Perubahan iklim ancam keterjaminan makanan dunia

PHNOM PENH – Perubahan iklim semakin mengancam keterjaminan makanan Malaysia, dengan corak cuaca tidak menentu dan peningkatan suhu global menjejaskan sektor pertanian.

Ketika pengeluaran makanan dalam negara berdepan risiko gangguan bekalan, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menegaskan Malaysia serta rantau ini kekal terdedah kepada ancaman perubahan iklim, sekali gus memerlukan kerjasama serantau bagi menangani kemungkinan kekurangan bekalan makanan.

“Kita mempunyai stok beras mencukupi untuk sekurang-kurangnya enam bulan. Tetapi kita tidak tahu apa yang akan berlaku akibat perubahan iklim, jadi keterjaminan makanan adalah penting.

“Kita perlu bekerjasama dengan negara lain di rantau ini untuk memastikan keterjaminan makanan kita. Pengeluaran padi kita sebelum ini ialah 71 peratus tetapi kini hanya 56 peratus.

“Kira-kira 20,000 hektar sawah padi ditukar kepada projek perumahan dan generasi muda enggan bekerja di sawah kerana pendapatan yang rendah,” katanya kepada Bernama di Phnom Penh.

Mohamad Sabu mengadakan lawatan dua hari ke negara itu pada akhir Februari bagi mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatannya, Menteri Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Kemboja, Dith Tina.

Antara topik dibincangkan termasuk keterjaminan makanan, import beras (terutama beras wangi), akuakultur, perikanan serta kerjasama dalam sektor pertanian.

Eksport beras Kemboja tahun lepas berjumlah 651,522 tan, dengan lebih 100,000 tan metrik dihantar ke China manakala negara ASEAN memperoleh hampir 130,000 tan metrik.

Negara itu mengeksport pelbagai jenis beras, termasuk beras wangi, beras putih, beras ‘parboiled’ serta beras organik, dengan jenis beras wangi panjang ‘Sen Kro Ob’ yang terkenal di peringkat global.

Malaysia mengimport kira-kira 50,000 tan metrik beras wangi dari Kemboja, sebagai sebahagian daripada 30 peratus atau 700,000 tan metrik jumlah import beras diperlukan untuk memenuhi keperluan negara yang hampir 2.5 juta tan metrik.

“Kita menghadapi masalah bekalan beras di Malaysia tahun lepas, terutama apabila India menghentikan eksport beras putih ke negara lain kerana masalah dalaman mereka,” katanya.

India, pengeksport beras kedua terbesar di dunia selepas China, melarang sementara eksport beras bukan basmati pada 2023 bagi membendung inflasi tinggi dan kenaikan harga makanan domestik.

Bagaimanapun, kerajaan India menarik balik larangan itu tahun lalu.

Related Posts

“Kenangan di Sungai Buloh” – Anwar kongsi momen bertemu keluarga di sebalik kaca

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbau kembali kenangan ketika berada di Penjara Sungai Buloh dengan berkongsi gambar lama ketika bertemu keluarganya di sebalik penghadang kaca. Menerusi hantaran di media…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat Malaysia makan lebih 32kg ayam dan unggas setahun, antara tertinggi dunia

RAKYAT Malaysia menggunakan kira-kira 32.22 kilogram daging unggas seorang pada 2025, menunjukkan ayam dan produk unggas kekal antara sumber protein yang paling banyak menjadi pilihan dalam negara. Data terkini Statista…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Infantino sedia bincang reformasi FIFA

Infantino sedia bincang reformasi FIFA

Penyu belimbing kembali ke Terengganu, hasilkan 70 telur di Kuala Abang

Penyu belimbing kembali ke Terengganu, hasilkan 70 telur di Kuala Abang

Lelaki Orang Asli maut diserang harimau ketika mencari rotan

Lelaki Orang Asli maut diserang harimau ketika mencari rotan

Kes khianat di Sri Aman, lelaki 36 tahun ditahan

Kes khianat di Sri Aman, lelaki 36 tahun ditahan

UNIMAS julung kali tuan rumah SAKAT, perkasa persuratan serantau

UNIMAS julung kali tuan rumah SAKAT, perkasa persuratan serantau

“Kenangan di Sungai Buloh” – Anwar kongsi momen bertemu keluarga di sebalik kaca

“Kenangan di Sungai Buloh” – Anwar kongsi momen bertemu keluarga di sebalik kaca