Maritim Semporna pandang serius aktiviti pengambilan sumber marin secara haram



SEMPORNA – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Semporna memandang serius aktiviti pengambilan sumber marin secara haram yang boleh menjejaskan ekosistem laut.

Pengarahnya, Komander Maritim Amir Shubli berkata, ia susulan rampasan pelbagai jenis karang menerusi satu serbuan keatas sebuah bot enjin sangkut di perairan Tanjung Tabu Tabu, pada Rabu.
“Semasa serbuan, suspek melarikan diri dengan terjun ke laut lalu memasuki hutan bakau berhampiran dan pemeriksaan lanjut menemukan karang yang dimuatkan ke dalam tiga buah kotak dalam jumlah yang mencurigakan.

“Kesemua karang itu dipercayai diperoleh secara haram,” katanya dalam kenyataan media, pada Jumaat.

Menurut Amir, pihaknya giat mengesan dalang aktiviti haram berkenaan dan rampasan kes bernilai RM13,000 itu disiasat di bawah Akta Perikanan 1985.

Tegasnya, Maritim Semporna memperketat kawalan dan tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sebarang aktiviti mencurigakan di perairan negara digesa untuk menyalurkannya kepada Maritim Malaysia menerusi talian kecemasan 999 atau Zon Maritim Semporna di talian 089-782521 untuk tindakan segera,” tambahnya.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan