Bicara Padi bantu pesawah dapat maklumat tepat

KUANTAN – Sesi libat urus bersemuka dengan kumpulan pesawah dapat memudahkan penyaluran maklumat penting kepada mereka.

Menerusi program seperti Bicara Padi, pelbagai agensi boleh mengambil bahagian dan berdialog bersama pesawah.

Semalam ADUN Lantikan Pahang, Mohd Fadzli Mohd Ramly menyertai program berkenaan yang disertai pesawah Zon Ganchong, Kampung Teluk dan Pulau Rusa.

“Kumpulan pesawah ini mengusahakan sawah masing-masing di kawasan dalam DUN Pulau Manis, Pekan.

“Program diadakan menerusi kerjasama IADA Pekan, Jabatan Pertanian Negeri Pahang, Agro Bank dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pekan,” katanya melalui satu hantaran di Facebook.

Mohd Fadzli berkata, program berkenaan memberi ruang kepada pesawah mendapat penjelasan berkaitan isu pengeluaran benih, subsidi tuaian, baja dan racun.

Pihak Agro Bank pula, katanya, memberi penjelasan mengenai insuran pertanian dan pinjaman yang boleh dimohon pesawah.

“Penerangan mengenai kesan dan bahaya penggunaan racun untuk tempoh berpanjangan pula diberikan pihak PKD Pekan.

“Sudah tentu program seumpama ini wajar lebih kerap diadakan bagi memberi maklumat diperlukan pesawah dalam membantu mereka,” jelasnya.

Beliau turut menyampaikan sedikit sumbangan bagi persiapan menyambut Ramadan kepada pesawah yang menyertai program berkenaan.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula