Keperluan Laporan Ketua Audit Negara dibahas di peringkat DUN

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said mencadangkan agar setiap kerajaan negeri mengambil langkah membahaskan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurutnya, langkah itu adalah selari dengan prinsip ketelusan dan akauntabiliti yang dihasratkan oleh Kerajaan Madani.

Azalina menegaskan, berdasarkan maklum balas Jabatan Audit Negara (JAN), laporan-laporan Ketua Audit Negara belum lagi dibahas di peringkat mana-mana DUN.

“Oleh itu saya ambil kesempatan untuk cadangkan agar Kerajaan Negeri ambil langkah ini. Contohi Kerajaan Persekutuan dengan beri peluang kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bahaskan LKAN di DUN masing-masing,

“Ini selaras dengan prinsip ketelusan dan akauntabiliti,” katanya ketika mencadangkan usul bagi membahaskan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN), di Persidangan Dewan Rakyat, di sini, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Azalina berkata, Kerajaan Madani berpendirian bahawa LKAN wajar diteruskan perbahasannya di Dewan Rakyat bagi memastikan isu dibangkitkan mendapat perhatian semua pihak.

“Kerajaan Madani telah mencatat sejarah dengan mengemukakan usul (pembentangan LKAN) sebanyak empat kali. Ini adalah usaha untuk meningkatkan kecekapan, ketelusan dan keberkesanan entiti awam.

“Ia juga selari dengan usaha kerajaan bagi memperkukuh tadbir urus sektor awam dan diharap dapat menyokong pemantauan secara lebih berkesan serta meningkatkan keberkesanan pengurusan kewangan,” katanya.

Pada masa sama, Azalina berkata, Dewan Rakyat memainkan peranan penting dalam aspek semak imbang terhadap kuasa ketua eksekutif dan memastikan kecekapan serta integriti mana-mana kerajaan terjaga.

Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang turut mencadangkan supaya Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) terus meneliti secara mendalam perkara dibangkitkan dalam LKAN.

“Ini amat penting untuk memastikan PAC terus berfungsi dengan penuh integriti tanpa dipengaruhi sebarang elemen politik atau kepentingan pihak tertentu. Walaupun PAC ada kuasa untuk periksa pelbagai isu, adalah diharapkan LKAN diberikan keutamaan dalam setiap perbahasan PAC.

“Ini kerana laporan audit yang sah dapat memberikan lebih banyak keabsahan terhadap isu dibangkitkan. Pada masa sama dapat mengelakkan laporan ‘hearsay’ atau sumber tak rasmi seperti pihak ketiga atau daripada media sosial,” katanya.

Dalam pada itu, Azalina menjelaskan perbahasan LKAN akan memberikan lebih banyak peluang kepada Ahli Parlimen daripada blok kerajaan dan pembangkang untuk memastikan dana kerajaan digunakan secara berhemah demi kepentingan awam.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menegaskan semua menteri bertanggungjawab selaras dengan perintah menteri-menteri Kerajaan Persekutuan supaya meneliti setiap teguran dibangkitkan LKAN 1/2025: Penyata Kewangan Agensi Persekutuan 2023 terutama isu berulang yang belum ditangani dengan tuntas oleh pihak bertanggungjawab,” katanya.

Isnin lalu, LKAN 1/2025 mengenai Penyata Kewangan Agensi Persekutuan Tahun 2023 dibentangkan di Dewan Rakyat. Ia adalah pembentangan LKAN yang pertama bagi tahun 2025.

Antara dapatan dalam LKAN itu berkait lima agensi Persekutuan yang mencatat kerugian bagi tempoh tiga tahun berturut-turut.

Tiga universiti awam terbabit iaitu Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Dua lagi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).

Related Posts

Fahmi cadang taklimat berkala isu sempadan Sabah-Kalimantan Utara

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mencadangkan supaya sesi taklimat media secara berkala diadakan berhubung pelaporan isu penyelesaian sempadan darat sektor Sabah-Kalimantan Utara (KALTARA) bagi mengelakkan salah faham…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Had umur 16 tahun akaun media sosial: MCMC teruskan libat urus

KUALA LUMPUR – Kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) masih meneruskan sesi libat urus bersama pelbagai pihak berkepentingan sebelum pelaksanaan had umur 16 tahun bagi pembukaan akaun media…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kebakaran besar musnahkan 200 rumah atas air

Kebakaran besar musnahkan 200 rumah atas air

Kerajaan sedia RM28.8 juta untuk pembangunan industri halal

Kerajaan sedia RM28.8 juta untuk pembangunan industri halal

Penamatan kontraktor projek kolam renang awam undang persoalan

Penamatan kontraktor projek kolam renang awam undang persoalan

Fahmi cadang taklimat berkala isu sempadan Sabah-Kalimantan Utara

Fahmi cadang taklimat berkala isu sempadan Sabah-Kalimantan Utara

Had umur 16 tahun akaun media sosial: MCMC teruskan libat urus

Had umur 16 tahun akaun media sosial: MCMC teruskan libat urus

Permohonan kuota BUDI95 media dibawa ke MTEN – Fahmi

Permohonan kuota BUDI95 media dibawa ke MTEN – Fahmi