Pearly-Thinaah atasi rasa gementar dengan kemenangan

KUALA LUMPUR – Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah mendedahkan mereka dihantui rasa gementar sejak semalam bagi menghadapi pertemuan menentang gandingan Indonesia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti dalam aksi terakhir Kumpulan A, petang tadi.

Pasangan ranking ke-13 dunia itu menjelaskan situasi berkenaan kerana mereka berdepan dengan misi wajib menang bagi melangkah ke peringkat suku akhir Sukan Olimpik Paris.

Bagaimanapun, kedua-dua pemain itu menarik nafas lega apabila berjaya mengatasi detik mencabar itu dengan menewaskan Apriyani Rahayu-Siti Fadia 21-18, 21-9 pada aksi yang berlangsung di Porte de la Chapelle Arena.

Keputusan itu menyaksikan Pearly-Thinaah mengesahkan tiket ke suku akhir selaku naib juara kumpulan di belakang pasangan nombor satu dunia dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan.

“Perlawanan hari ini ikut seperti apa yang kami rancang. Namun, ketika mula masuk ke gelanggang ada rasa gugup kerana kami berdepan perlawanan wajib menang.

“Kami agak tertekan sejak semalam memikirkan perlawanan hari ini. Agak sukar untuk kami pada awal permainan dan melepaskan mata yang tidak sepatutnya.

“Namun, selepas itu kami saling beri sokongan antara satu sama lain dari situ kami dapat semula rentak dan keyakinan kami,” kata Thinaah kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sejurus tamat perlawanan.

Sementara itu, Pearly berkata, aksi berdepan Apriyani Rahayu-Siti Fadia adalah perlawanan menentang diri sendiri kerana mereka terlalu mahukan kemenangan bagi melangkah ke suku akhir.

“Kami sebenarnya bermain menentang diri sendiri dalam perlawanan ini. Seperti Thinaah katakan, ini adalah perlawanan kami perlu menang.

“Agak sukar untuk mental kami kerana kami perlu konsisten dan kekal tenang. Kami banyak melakukan kesilapan mudah di set pertama terutamanya saya disebabkan tekanan disebabkan mahu menang.

“Namun, Thinaah tenangkan dan beri sokongan kepada saya. Ini adalah faktor yang penting membantu kami memenangi perlawanan,” katanya.

Kejayaan melangkah ke suku akhir menyaksikan bekas juara Terbuka Perancis itu menjadi beregu wanita kedua negara yang berjaya melangkah ke suku akhir di pentas Sukan Olimpik selepas gandingan Vivian Hoo-Woon Khe Wei pada edisi 2016 di Rio de Janeiro.

Undian suku akhir beregu wanita dijadual diadakan selepas tamat semua aksi peringkat kumpulan, awal pagi esok.

Related Posts

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

BRIGHTON & Hove Albion membelasah Chelsea 3-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris, sekali gus melonjak ke tangga keenam liga dengan 50 mata. Ferdi Kadioglu membuka jaringan seawal minit ketiga sebelum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wolves turun liga selepas gagal elak penyingkiran

WOLVES disahkan tersingkir dari saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi selepas keputusan seri tanpa jaringan West Ham United menentang Crystal Palace menutup peluang mereka untuk kekal. Kelab dari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti