Persiapan Sukma XXI Sarawak di Miri berjalan lancar

MIRI – Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi), Datuk Hii Chang Kee berpuas hati dengan persiapan di venue sukan Sukma XXI Sarawak 2024.

Hii yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Sukma XXI Sarawak 2024 bersama Urusetia dan Jawatankuasa Sukma XXI Sarawak 2024 Bahagian Miri membuat tinjauan pada Isnin di tiga venue yang akan terlibat dengan Sukma.

Venue yang dilawati adalah venue sukan karate di Dewan IKBN Miri, venue sukan softball (lelaki) di padang IKBN Miri dan venue sukan pelayaran di Marina Bay.

“Lawatan ini bertujuan untuk meninjau perkembangan persiapan jawatankuasa Sukma di kawasan tersebut serta memastikan fasiliti diurus dengan baik dan berjalan lancar” kata beliau seperti dipetik laporan UKAS.

Beliau juga turut berkesempatan melihat atlet pelayaran dari Sarawak dan Terengganu menjalankan Latihan di Marina Bay.

Turut hadir, Residen Bahagian Miri, Jamalie Busri dan wakil-wakil Jawatankuasa Sukma XXI Sarawak 2024 Bahagian Miri.

Enam acara sukan akan dipertandingkan di sini iaitu Pelayaran, Ragbi, Lawan Pedang, Karate, Softball dan Pencak Silat yang akan berlangsung pada 17 Ogos hingga 24 Ogos 2024 ini.

Related Posts

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

PADANG BESAR – Polis Padang Besar melancarkan pasukan khas (task force) bagi pelaksanaan Ops Tiris 4.0 dalam usaha memantau penyalahgunaan petrol dan diesel bersubsidi di kawasan sempadan. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Royalti petroleum: Antara persepsi dan realiti sebenar

Royalti petroleum: Antara persepsi dan realiti sebenar

Harga diesel turun lagi 85 sen

Harga diesel turun lagi 85 sen

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

Kerajaan bakal umum langkah baharu tangani pengangguran minggu depan

Kerajaan bakal umum langkah baharu tangani pengangguran minggu depan