Malaysia tak layan sebarang tuntutan di Laut China Selatan

PENDIRIAN Malaysia tegas tidak mengiktiraf sebarang tuntutan China di Laut China Selatan, termasuk Peta Sembilan-Garis, konsep Empat-Sha, atau mana-mana peta China yang meliputi perairan negara.

Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin berkata, tiada keperluan untuk rundingan diplomatik dengan China mengenai Beting Patinggi Ali kerana kawasan itu jelas berada dalam perairan Malaysia berdasarkan Peta Baru Malaysia 1979.

“Pendekatan kerajaan dilaksanakan melalui mekanisme keseluruhan kerajaan untuk menyelaras tindakan bagi menjamin keselamatan perairan negara.

“Setiap agensi kerajaan memainkan peranan masing-masing bagi memastikan kepentingan negara sentiasa dipertahankan,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Seri Shahidan Kasim (PN-Arau).

Mohamad menjelaskan, kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) terus menjalankan rondaan, pemantauan serta penguatkuasaan bagi mempertahan kedaulatan negara.

Related Posts

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

KUALA LUMPUR – UMNO perlu memperkukuh peranan dan hala tujunya bagi tempoh dua dekad akan datang dengan memberi tumpuan kepada pembangunan holistik merangkumi aspek agama, politik, ilmu serta jati diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Datuk Seri Rafizi Ramli bagi membantu siasatan berhubung projek pelaburan bernilai RM1.1 bilion yang dikaitkan dengan kerjasama industri semikonduktor antara Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat