Sabah capai 94.40% liputan internet, komunikasi

KUALA LUMPUR – Liputan internet dan komunikasi di kawasan berpenduduk di Sabah mencapai 94.40 peratus bagi tempoh setakat 31 Disember 2024.

Kementerian Komunikasi dalam satu jawapan bertulis pada Persidangan Parlimen Dewan Rakyat menyatakan berkenaan perkara tersebut.

Menurut kementerian tersebut, sebanyak 426 daripada 659 menara komunikasi baharu siap dibina dan beroperasi di bawah inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

“Sebanyak 4,874 daripada 4,884 stesen pemancar telah dinaik taraf.

“Manakala 269,788 daripada 303,569 premis telah tersedia dengan capaian gentian optik dan kesemua 138 lokasi kini dapat menikmati perkhidmatan internet menggunakan teknologi satelit, ‘Broadband Wireless Access (BWA)’,” kata kenyataan itu.

Kementerian tersebut menyatakan demikian bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Sebelumnya, Madius mengemukakan soalan meminta Kementerian Komunikasi menyatakan berapa bilangan menara komunikasi yang telah diluluskan di seluruh Sabah.

“Berapa jumlah yang siap dibina dan yang gagal disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan?

“Apakah isu-isu dalam pembinaan menara di Tuaran?,”soalnya.

Kementerian Komunikasi turut memaklumkan, bagi Parlimen Tuaran liputan internet dan komunikasi di kawasan berpenduduk telah mencapat 94.23 peratus.

Manakala bagi status pelaksana inisiatif Pelan JENDELA pula sebanyak 19 daripada 31 menara komunikasi baharu telah siap dibina dan beroperasi.

Sehubungan itu, Kementerian itu turut menjelaskan kesemua 192 stesen pemancar telah dinaik taraf, menyaksikan 21,322 daripada 22,114 premis telah tersedia dengan capaian gentian optik dan kesemua 12 lokasi kini dapat menikmati perkhidmatan internet menggunakan teknologi satelit BWA.

“Pada penghunjung tahun 2025 baki inisiatif yang sedang dalam pelaksanaan dijangka siap secara berperingkat.

“Beberapa faktor telah dikenal pasti dalam kelewatan pembinaan menara komunikasi di Sabah termasuk di Parlimen Tuaran, antaranya proses pemerolehan tapak tanah kerajaan yang mengambil masa panjang.

“Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengadakan sesi libat urus secara berterusan untuk mendapatkan maklum balas daripada semua pihak yang terlibat dan memas semua isu atau kekangan dalam proses pemerolehan tanah kerajaan dapat diselesaikan segera.

“Semua isu pemerolehan tapak tanah ini telah diselesaikan dengan kerjasama daripada Kerajaan Negeri yang terlibat,” ujarnya.

Menurut kenyataan itu lagi, proses pemasangan kabel gentian optik di kawasan pendalaman memerlukan tempoh masa panjang disebabkan faktor jalan yang kerap memerlukan penyelenggaraan menyebabkan kesukaran kenderaan berat membawa tiang konkrit dan gentian optik.

“Pada masa yang sama, faktor cuaca tidak menentu, akses jalan mencabar, kekurangan bekalan bahan binaan serta kekurangan tenaga kerja pembina menara yang bertauliah di Sabah juga menyumbang kepada kelewatan penyiapan menara komunikasi.

“MCMC sentiasa memantau dan memastikan segala inisiatif perkhidmatan komunikasi dan internet di Sabah, termasuk Parlimen Tuaran dipergiatkan untuk memastikan segala perancangan dapat dilaksanakan dan perkhidmatan berkualiti dapat dinikmati oleh semua rakyat,” katanya kenyataan itu.

Related Posts

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

SEBUYAU – Program STEM Catalysts 2026 yang berlangsung di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Sebuyau di sini berjaya memperkasa lebih 260 pelajar generasi baharu untuk mendepani teknologi masa depan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

KUANTAN – Seorang lelaki rebah dan meninggal dunia di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Kuantan di sini ketika singgah dalam perjalanan pulang ke kampung halamannya pada awal pagi tadi. Mangsa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

  • By Ynom
  • April 22, 2026
Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara