PRK Ayer Kuning: BN mampu ulang kemenangan jika pengundi BN-PH bersatu

BN mampu mengekalkan momentum kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning sekiranya memperoleh sokongan padu daripada seluruh pengundi-pengundi dan jentera komponen.

Geostrategis, Prof Dr Azmi Hassan berkata, gabungan undi daripada pelbagai kaum daripada Melayu, Cina dan India mampu membentuk majoriti besar bagi kemenangan BN dikawasan tersebut dengan strategi yang efisyen.

“Walaupun di atas kertas kalau digabung penyokong PH dan penyokong UMNO memang tak ada masalah untuk memenanginya.

“Tapi kenapa Sarani mengatakan demikian adalah untuk tidak melekakan penyokong-penyokong PH itu pertama sekali dan juga penyokong UMNO supaya mereka keluar mengundi.

“Dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas, tujuh hingga lapan peratus tapi kerana pada ketika itu adalah PRU dan lazimnya PRK lebih kecil yang keluar mengundi.

“Jadi pengundi Melayu hanya 55 peratus dan tidak boleh dianggap sekarang majoriti besar tapi kalau digabungkan pengundi Cina dan India, maka itu adalah majoriti,” katanya ketika dihubungi The Malaysia Press pada Selasa.

Terdahulu, Pengerusi BN Perak yang juga merupakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, parti itu tidak memandang mudah usaha mempertahankan kerusi Dun Ayer Kuning pada PRK akan datang dan banyak perkara perlu diambil kira termasuk bilangan pengundi baharu.

BN juga menyambut baik kesediaan Amanah Perak dan Dapsy untuk menggerakkan jentera untuk memastikan kemenangan calon Kerajaan Perpaduan.

Meskipun, jumlah undi DUN Ayer Kuning pada PRU 15 yang dimenangi BN serta PH melebihi 15,000 undi jika digabung, Saarani menegaskan, faktor pengundi baharu selain dinamika sifat manusia tetap perlu diambil kira.

Mengulas lanjut, Azmi mengingatkan bahawa, BN-PH tidak boleh alpa untuk memperkuatkan benteng pertahanan dengan memperhebatkan seruan dan meyakinkan pengundi agar untuk keluar mengundi.

“Jadi untuk yakinkan pengundi sebenarnya strategi Saarani adalah menyeru untuk keluar mengundi supaya BN-PH menang lebih besar dan tidak terlalu leka.

“Saya juga melihat strategi beliau, mengatakan bahawa bukan kerja mudah sebenarnya dari sudut meyakinkan penyokong mereka supaya keluar mengundi.

“Kerana tak mahu penyokong mereka berfikir jika keluar, atau tak keluar pun sama saja akan menang juga ini perlu diterapkan kepada penyokong-penyokong PH dan UMNO supaya keluar beramai-ramai mengundi,” katanya.

PRK DUN Ayer Kuning dijangka diadakan susulan kematian wakil rakyat kawasan itu, Ishsam Shahrudddin, 59, yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah, Sabtu lalu (22 Feb) akibat serangan jantung ketika menyertai kejohanan bola sepak di Pulau Pinang.

Pada PRU15, Ishsam mewakili BN menang dengan majoriti 2,213 undi apabila meraih 9,088 undi dalam pertembungan lima penjuru, mendahului calon Pakatan Harapan (6,875), Perikatan Nasional (6,812), Parti Pejuang Tanahair (105) dan Parti Sosialis Malaysia (586).

Related Posts

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

KOTA KINABALU – Kira-kira 250 pelari dari 26 negara dijangka menyertai Mount Kinabalu International Climbathon edisi ke-33 yang akan berlangsung pada 18 Oktober ini, sekali gus mengukuhkan kedudukan Sabah sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

KOTA KINABALU – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyasarkan pencapaian lebih besar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang termasuk meningkatkan jumlah kerusi Parlimen yang dimenangi bagi mengukuhkan suara dan kuasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills