RUU PSB: Pemilik asal hartanah tidak diusir, tegas PM

DAKWAAN pemilik asal hartanah tanpa mengira kaum akan diusir secara paksa di bawah cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) adalah tidak benar sama sekali.

Sebaliknya, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kerajaan akan memastikan setiap pemilik asal hartanah tahu hak masing-masing termasuk perlindungan diberikan kepada mereka dalam isu pemilikan tanah.

“Status tanah yang asal juga tidak akan berubah sama ada rizab Melayu atau status kekal.

Mana-mana negara pesat membangun, akan adanya bandar-bandar berkembang, ketika itu tentu ada bangunan tidak selamat selain projek terbengkalai yang akan dibangunkan.

“Kerana itu juga sejak 2012, garis panduan dikemukakan, usul pada 2013 dan kemudian proses penggubalan dimulakan pada 2015,” katanya ketika soal jawab Perdana Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian soalan asal Tan Kar Hing (PH-Gopeng) mengenai komitmen kerajaan atas cadangan RUU PSB yang akan memastikan tiada pemilik tanpa mengira kaum diusir daripada pemilikan tanah mereka.

Pada masa sama, Anwar juga membidas segelintir yang mendakwa kerajaan ‘gopoh’ dalam membuat cadangan RUU PSB.

Tegasnya, RUU itu belum dibentang namun tegasnya apa yang berlaku sekalipun, semuanya mesti selaras dengan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

“Ini cara kita hendak bantu saya tidak sanggup melihat kawasan-kawasan yang daif, tidak timbul rizab Melayu atau tidak,” katanya.

Related Posts

Pengeluaran jagung bijian tempatan mampu bantu stabilkan harga ayam, telur

SEPANG – Harga produk asas seperti ayam dan telur dijangka mampu stabil apabila pengeluaran jagung bijian tempatan secara berskala besar dilaksanakan. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tahap integriti penjawat awam makin baik

KUALA LUMPUR – Tahap integriti dalam kalangan penjawat awam menunjukkan trend peningkatan yang positif, susulan pelbagai inisiatif dan mekanisme pengukuhan nilai yang diperkenalkan kerajaan bagi memperkasakan perkhidmatan awam. Ketua Setiausaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi