Cadangan pinda RUU PSB mula sejak 2012

DATUK Seri Anwar Ibrahim menegaskan pembaharuan semula bandar bukan agenda baharu di bawah Kerajaan Madani, tetapi telah dimulakan sejak 2012 dengan penggubalan Garis Panduan Pembaharuan Semula Bandar (PSB).

Perdana Menteri berkata, perbincangan awal telah dilaksanakan bagi menggubal akta khusus PSB untuk melancarkan proses pembangunan di sekitar Kuala Lumpur pada 2013, sebelum proses penggubalan akta itu diumum pada 2015.

Beliau menjelaskan, bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa pada 2020 menerajui Program PSB di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), membabitkan rumah pangsa berusia lebih 40 tahun.

“Pada 2021, Menteri Perumahan (dan Kerajaan Tempatan), Datuk Zuraida Kamaruddin memulakan penggubalan RUU (Rang Undang-Undang) PSB dan 22 Mac 2022 Menteri KPKT (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan) Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican meneruskan dan menegaskan prinsip sama.

“Yang Berhormat Arau (Datuk Seri Shahidan Kassim yang ketika itu Menteri Wilayah Persekutuan) pada September 2022, malah menetapkan DBKL mengenal pasti 30 kawasan untuk pembaharuan semula.

“Sejak 2012, sebanyak 74 kali sesi libat urus diadakan dan kita mengambil kira masalah yang dihadapi rakyat,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar menjawab soalan Tan Kar Hing (PH-Gopeng) mengenai komitmen kerajaan atas cadangan RUU PSB, yang akan memastikan tiada sesiapa pemilik – tanpa kira kaum – diusir daripada pemilikan tanah atau premis secara paksaan seperti yang dinyatakan dengan jelas Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

Perdana Menteri berkata, penggubalan RUU PSB tidak akan mengenepikan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan serta prinsip perundangan sedia ada.

Pada masa sama, beliau memberi jaminan RUU itu tidak akan memindahkan pemilik asal hartanah, selain komposisi etnik dan status tanah sama ada rizab Melayu, milik kerajaan atau tetap.

“Tentang pemilikan etnik…contohnya Flat Sri Perlis, kalau sekarang ini 70 peratus (pemilikan) Melayu, kekal kerana dalam undang-undang ini tidak ada hak untuk kita pindahkan pemilik asal,” tegas beliau.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula