Sebar kandungan lucah, denda RM1 juta menanti

KUALA LUMPUR – Individu yang didapati bersalah  menyebarkan kandungan lucah bagi tujuan komersial, boleh dikenakan denda sehingga RM1 juta atau dipenjara tidak melebihi tempoh lima tahun atau kedua-duanya sekali, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Fahmi berkata, kesalahan itu diletakkan di bawah seksyen 233 Akta 588, Pindaan 2025 [Akta A1743] penyebaran kandungan bersifat lucah bagi tujuan komersial, termasuk denda selanjutnya sebanyak RM10,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.

Menurutnya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) turut melaksanakan pemantauan proaktif serta tindakan penurunan kandungan media sosial dan sekatan laman sesawang berunsur pelacuran. 

“Hasilnya, bagi tempoh 1 Januari 2022 sehingga 1 Februari 2025, MCMC telah melaksanakan tindakan sekatan ke atas 316 buah laman sesawang berunsur pelacuran, manakala sebanyak 2,315 kandungan di pelbagai platform media sosial telah dikenakan tindakan penurunan.

“Penurunan kandungan yang tertinggi melibatkan platform Facebook pada kadar 44.5 peratus, TikTok 33.39 peratus dan Telegram 20.13 peratus.

“Tindakan penurunan kandungan media sosial dan sekatan laman sesawang dilakukan terhadap kandungan yang melanggar undang-undang berdasarkan permohonan rasmi agensi penguatkuasaan serta maklumat dan aduan orang ramai yang diterima oleh MCMC,” katanya semasa sesi penggulungan Menteri di Dewan Rakyat pada Isnin.

Jelasnya, Kementerian Komunikasi sentiasa memandang serius dan komited dalam usaha membendung kes penyalahgunaan media sosial yang menyalahi undang-undang negara seperti yang di peruntukan di bawah Akta 588 termasuk kandungan yang menjurus kepada pelacuran dalam talian. 

“Dalam hal ini, penguatkuasaan Akta 588 yang diambil oleh MCMC adalah tindakan sokongan kepada undang-undang sedia ada seperti seksyen 372A, 372B dan 373 Kanun Keseksaan atau Akta 574 di bawah bidang kuasa PDRM bagi menangani aktiviti pelacuran dalam talian. 

“MCMC memberikan bantuan teknikal yang melibatkan pembekalan maklumat dan analisis forensik digital bagi mempercepat proses siasatan dan membantu pihak berkuasa mengumpul bukti yang diperlukan,” katanya.

Tambahnya, MCMC juga mengambil pendekatan mengadakan sesi libat urus bersama penyedia perkhidmatan dan agensi penguatkuasaan bagi mengukuhkan kerjasama dan meningkatkan kecekapan penyedia perkhidmatan dalam penyederhanaan kandungan (content moderation) termasuk kandungan berunsurkan pelacuran.

Related Posts

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

KUANTAN – Cadangan operasi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang tidak seimbang antara pengangkutan kargo dan penumpang dibimbangi tidak dapat memberi manfaat signifikan kepada orang ramai. Menteri Besar Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

KOTA BHARU – Kerajaan Persekutuan menambah peruntukan pembangunan untuk Kelantan daripada RM3 bilion kepada RM8 bilion sebagai bukti keprihatinan terhadap pembangunan negeri itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM