Remaja lelaki hilang ditemukan meninggal dunia, operasi SAR tamat selepas empat hari

SANDAKAN – Remaja lelaki yang hilang pada Sabtu lalu di perairan Tanjung Semawang ditemukan meninggal dunia di sini pagi tadi. 

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari keempat kini telah ditamatkan. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Severinus@Mohd Nizam Sainkui berkata, mayat remaja lelaki 14 tahun itu ditemukan oleh orang awam pada pukul 6.30 pagi di persisiran pantai Tanjung Pisau, kira-kira 20 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Sepasukan enam anggota bomba bersama dua jentera bertindak mengangkat mangsa dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. 

“Selepas memastikan keadaan selamat operasi ditamatkan pukul 10.50 pagi,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Terdahulu, laporan mengenai kejadian diterima oleh pihak bomba pada pukul 6.39 pagi pada Ahad lalu. 

“Seramai enam anggota bomba dikejarkan ke lokasi yang terletak 45km dari BBP Sandakan.

“Menurut laporan, mangsa dikatakan keluar untuk menangkap udang bersama beberapa rakannya jam 5.30 pagi, pada Sabtu.

“Namun, mangsa tidak pulang sehingga tengah hari menyebabkan rakan-rakannya mencarinya dan menjumpai bot milik mangsa di perairan Tanjung Semawang serta topi yang terapung di permukaan laut.

“Pencarian yang dijalankan bersama penduduk kampung tidak membuahkan hasil sehingga pasukan bomba tiba di lokasi untuk melaksanakan operasi SAR,” ujarnya.

Related Posts

Kolaborasi Tourism Malaysia dan Cats FM rancakkan pelancongan Sarawak

KUCHING – Tourism Malaysia dengan kerjasama stesen radio Cats FM sukses menganjurkan program Miss SHOPhia Shopping Hunt 2026 bagi mempromosikan pelancongan domestik dan merancakkan sektor peruncitan di Sarawak.   Program interaktif…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan, RM1.5 bilion dana permulaan

SIBU – Sebuah badan khas dikenali sebagai Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan dengan dana permulaan sebanyak RM1.5 bilion bagi memperkukuh pertumbuhan ekonomi Sibu dan zon tengah Sarawak. Premier Sarawak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

BN lepas majoriti mudah bentuk Kerajaan Negeri Johor

BN lepas majoriti mudah bentuk Kerajaan Negeri Johor