Pasca perang Gaza: Penduduk diancam ketiadaan air bersih, sebaran penyakit

GAZA – Penduduk Palestin di Rafah dan utara Gaza menerima hanya 7 peratus bekalan air bagi menampung semua penduduk yang berada di kawasan tersebut sekaligus memburukkan lagi krisis penyebaran penyakit bawaan air di sana.

Menurut sebuah badan amal yang berpangkalan di UK, Oxfam bersama rakan kongsinya, mendedahkan bahawa lebih 80% infrastruktur air dan sanitasi di seluruh Semenanjung Gaza mengalami kemusnahan penuh dan sebahagiannya tidak beroperasi dengan sempurna, termasuk kesemua enam loji utama rawatan air kumbahan.

Penilaian badan amal itu juga menunjukkan bahawa 85 peratus stesen pam kumbahan (73 daripada 84) dan beberapa rangkaiannya telah dimusnahkan.

Walaupun beberapa kemudahan telah dibaik pulih, bekalan bahan api amat diperlukan bagi memastikan ia terus beroperasi.

Serangan berterusan Israel telah menyebabkan kemusnahan hampir 1,675 kilometer rangkaian air dan kumbahan dalam tempoh 15 bulan yang lalu.

Oxfam menekankan bahawa penyambungan semula bantuan, termasuk bekalan bahan api dan penghantaran air menggunakan trak, telah membantu meningkatkan ketersediaan air di beberapa bahagian Gaza.

“Tetapi keadaan masih sangat suram dan berada pada tahap kritikal yang berbahaya, terutamanya di wilayah Utara Gaza dan Rafah,” tambahnya.

“Sebahagian besar rangkaian air dan sanitasi musnah dan lumpuh sepenuhnya.

“Kini, selepas pengeboman berhenti, kita baru mula memahami tahap sebenar kemusnahan terhadap infrastruktur air dan sanitasi di Gaza,” kata Clemence Lagouardat, penyelaras kemanusiaan Oxfam di Gaza.

Beliau memberi amaran bahawa rangkaian air dan sanitasi yang paling penting di Gaza telah dimusnahkan sepenuhnya atau lumpuh, menyebabkan keadaan kesihatan dan kebersihan yang amat kritikal.

“Kakitangan dan rakan kongsi kami memberitahu bagaimana orang ramai menghentikan mereka di jalanan untuk meminta air, dan bagaimana ibu bapa tidak minum bagi menyimpan air untuk anak-anak mereka. Ia sangat menyayat hati apabila mendengar tentang kanak-kanak yang terpaksa berjalan jauh hanya untuk mendapatkan satu tong air,” kata Lagouardat.

Beliau menambah bahawa pembinaan semula sistem air dan sanitasi Gaza adalah penting bagi pemulihan wilayah itu selepas 15 bulan kemusnahan.

“Gencatan senjata mesti dikekalkan, dan bekalan bahan api serta bantuan mesti disalurkan supaya rakyat Palestin dapat membina semula kehidupan mereka. Keamanan yang berkekalan bagi rakyat Palestin dan Israel hanya boleh dicapai melalui gencatan senjata yang tetap serta penyelesaian yang adil,” tambah Lagouardat, lapor Anadolu.

Sebagai rekod, mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, sanitasi membawa maksud sistem kawalan kebersihan awam, termasuk bekalan air bersih, pembuangan sampah dan pembuangan najis.

Related Posts

Anwar bincang konflik Gaza, ketegangan di Asia Barat dengan pemimpin BRICS

NEW DELHI – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil kesempatan di sela-sela majlis makan malam bersempena dengan Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 untuk berbincang dengan beberapa pemimpin dunia mengenai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

NEW DELHI – Malaysia menyeru semua pihak yang terbabit dalam konflik di Asia Barat supaya menghentikan peningkatan ketegangan dan kembali menggunakan saluran diplomasi bagi mencari penyelesaian, kata Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu