PM tiba di Bahrain untuk lawatan rasmi

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini tengah malam ini, untuk lawatan rasmi ke Bahrain atas jemputan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain, Salman Hamad Al Khalifa.

Pesawat membawa Perdana Menteri, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Bahrain pada jam 12.45 tengah malam (5.45 pagi waktu Malaysia).

Sebaik tiba, Perdana Menteri bersama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan dan pegawai kanan kerajaan disambut dengan berjalan melepasi pasukan kawalan kehormatan statik.

Anwar dan rombongan disambut Menteri Luar Bahrain, Dr Abdullatif Rashid Al Zayani, Timbalan Gabenor Muharraq Brig Jen Jassim Mohammed Al Ghattam, Duta Malaysia ke Bahrain Shazryll Zahiran dan Duta Bahrain ke Malaysia Dr Waleed Khalifa Al Manea.

Anwar yang dalam lawatan pertama beliau ke Bahrain sebagai Perdana Menteri, telah diiringi dari lapangan terbang ke tempat penginapannya di sini dengan sepanjang perjalanan selama 20 minit itu, dapat dilihat Jalur Gemilang berkibar di sepanjang jalan, lebuh raya, dan bangunan pencakar langit.

Perdana Menteri dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota Salman dan menghadap Raja Bahrain Raja Hamad Isa Al Khalifa, yang merupakan satu penghormatan tinggi untuk Malaysia sekali gus mencerminkan hubungan dua hala yang kukuh antara kedua-dua negara.

Anwar yang juga Menteri Kewangan akan bertemu rakan sejawatnya Shaikh Salman Khalifa Al Khalifa dan mengadakan lawatan ke Lembaga Pembangunan Ekonomi Bahrain untuk meneroka peluang kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Bahrain.

Beliau juga dijangka bertemu Imam Besar Al-Azhar Al-Sharif Prof Dr Ahmed El-Tayeb, serta bertemu dengan diaspora Malaysia, di sini.

Perdana Menteri juga dijadualkan menyampaikan ucapan pada Persidangan Dialog Intra-Islam, yang dihadiri 298 ulama dari 75 negara.

Bahrain, negara Teluk pertama yang menemui minyak pada tahun 1932, merupakan rakan dagang kesembilan terbesar Malaysia di rantau Asia Barat tahun lepas, manakala Malaysia adalah rakan dagang ketiga terbesar Bahrain dalam kalangan negara-negara ASEAN dan ke-18 terbesar di peringkat global pada tahun 2023.

Selain minyak, kilang pemprosesan aluminium terbesar keempat di dunia juga terletak di Bahrain, yang merupakan eksport utama mereka ke Malaysia.

Related Posts

Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui wujud kebimbangan mengenai penganjuran pameran aset dan teknologi pertahanan terutama berkait persenjataan yang boleh membawa kemusnahan. Bagaimanapun, beliau yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar seru kerjasama pertahanan, aeroangkasa Malaysia mampu diperhebat

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru negara luar untuk menjadi rakan kongsi Malaysia dalam industri pertahanan kerana negara ini mengamalkan dasar berkecuali. Beliau yang juga Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

Anwar seru kerjasama pertahanan, aeroangkasa Malaysia mampu diperhebat

Anwar seru kerjasama pertahanan, aeroangkasa Malaysia mampu diperhebat

Malaysia kekal tidak berpihak, mahu pembekal negara tembusi bekalan antarabangsa

Malaysia kekal tidak berpihak, mahu pembekal negara tembusi bekalan antarabangsa

Aliran bon Malaysia merekodkan RM7.9 bilion, tertinggi dalam tempoh 10 bulan

Aliran bon Malaysia merekodkan RM7.9 bilion, tertinggi dalam tempoh 10 bulan

Bekalan peranti perubatan terus kukuh hadapi tekanan krisis tenaga global

Bekalan peranti perubatan terus kukuh hadapi tekanan krisis tenaga global