Penswastaan MAHB: Kerajaan jamin kedaulatan, kepentingan negara kekal terpelihara

KEDAULATAN dan kepentingan negara akan kekal utuh walaupun langkah penswastaan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dilaksanakan.

Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan konsortium yang mengambil alih MAHB diterajui oleh syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), iaitu Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memegang pegangan majoriti 70 peratus.

“Kerajaan juga akan mengekalkan bahagian khas, atau ‘saham emas,’ dalam MAHB, yang memberi kuasa ke atas pelantikan pengerusi dan pengarah urusan syarikat itu, memastikan hala tuju MAHB sejajar dengan kepentingan negara,” kata kementerian itu dalam maklum balas bertulis di laman web Parlimen semalam.

Kenyataan itu bagi menjawab persoalan Mohd Syahir Che Sulaiman (PN-Bachok) yang meminta kerajaan menghuraikan keputusan membenarkan pihak asing memegang kepentingan dalam aset strategik negara seperti lapangan terbang, pelabuhan, dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), tanpa menjejaskan kepentingan rakyat dan ekonomi negara.

Menurut kementerian itu, kerajaan mempunyai beberapa dasar dan mekanisme kawal selia untuk memastikan pelaburan asing dalam aset strategik memaksimumkan manfaat kepada ekonomi negara di samping menjaga kedaulatan negara.

Dasar utama yang berkaitan dengan pelaburan asing dalam aset strategik termasuk Dasar Pelaburan Negara, Akta Penggalakan Pelaburan 1986, dan insentif tertentu yang ditawarkan kepada pelaburan asing yang mempunyai kesan ketara kepada ekonomi tempatan.

“Pelaburan asing dalam aset strategik dinilai oleh jawatankuasa khas yang menilai kesannya terhadap ekonomi, keselamatan negara, dan kepentingan sosial dan alam sekitar,” katanya.

Jelas kementerian itu lagi, dasar kerajaan berhubung pelaburan asing dalam aset strategik bertujuan mengimbangi keperluan menarik pelaburan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi di samping memastikan kepentingan negara termasuk kedaulatan ekonomi dan sosial terpelihara.

Di samping itu, pelaburan asing dalam aset strategik juga dilihat memainkan peranan penting dalam pemindahan teknologi dan kepakaran, penciptaan pekerjaan, peningkatan infrastruktur, pengukuhan ekonomi, dan mempelbagaikan sumber ekonomi kepada sektor baharu.

Bagaimanapun, kerajaan menegaskan tidak akan berkompromi dalam isu berkaitan kedaulatan dan keselamatan negara.

“Ia membabitkan peranan jabatan serta agensi berkaitan seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Imigresen Malaysia, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) serta Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), yang bertanggungjawab dalam pemantauan dan kawalan di sempadan negara,” katanya.

Related Posts

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

PADANG BESAR – Projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis (SSMP) di Bukit Chabang yang terbengkalai selama 11 tahun tidak boleh lagi berulang sehingga menjadi satu kebiasaan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anjing liar: Penguatkuasaan diteruskan, namun mesti berperikemanusiaan – Amirudin

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akan terus melaksanakan tindakan terhadap isu anjing liar yang boleh mengancam keselamatan awam, namun penguatkuasaannya mesti dilakukan secara berhemah, berperikemanusiaan dan tidak bersifat kejam. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang