Rakyat perlu tunjuk solidariti kepada PMX, Kerajaan Perpaduan

RAKYAT Malaysia diseru menunjukkan solidariti bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan dalam setiap isu yang diperjuangkan.

Ahli Dewan Negara, Datuk Dr Azhar Ahmad berkata, usaha Kerajaan Perpaduan menangani dan memulihkan pelbagai isu dapat diselesaikan dengan cepat sekiranya rakyat bersatu hati berdiri teguh menyokong pelbagai perancangan yang sedang dilaksanakan.

Tegasnya, acuan ini telah terbukti sejak zaman menuntut kemerdekaan lagi apabila rakyat pelbagai kaum bersatu padu sekali gus mempercayai usaha para pemimpin negara ketika itu untuk membebaskan negara dari belenggu penjajah.

“Tiada resipi lain selain rakyat Malaysia kena bersolidariti terhadap PMX dan Kerajaan Perpaduan dalam usaha mengatasi setiap isu yang melanda.

“Kalau kita nak cepat selesai atau pulihkan daripada sesuatu isu, kita kena percaya dan letakkan kepercayaan kepada PMX dan para menterinya untuk menangani segala isu, tunjukkan solidariti kita.

“Jangan lupa, inilah acuan dan resepii ketika Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman Putra bersama-sama Tun Tan Cheng Lock dan Tun Sambanthan berusaha menuntut kemerdekaan Malaya daripada British dulu.

“Telah terbukti, apabila rakyat pelbagai kaum tunjukkan solidariti, bersatu hati pelbagai masalah boleh diatasi, selesai dengan cepat malah pelbagai kejayaan dapat kita perolehi,” katanya ketika dihubungi.

Azhar yang juga Ketua UMNO Bahagian Beruas berkata, rakyat perlu bersabar dan meletakkan kepercayaan tinggi kepada Perdana Menteri untuk keluar daripada sesuatu kemelut.

Tambah Azhar, rakyat jangan mudah termakan dengan pembangkang yang sering memperleceh dan mempersendakan segala usaha kerajaan membela nasib rakyat dalam isu-isu tertentu.

“Malang negara kerana memiliki pembangkang yang tidak kompeten dan berkualiti. Mereka membangkang membuta-tuli, mempolitikkan segala isu untuk bagi rakyat membenci PMX dam Kerajaan Perpaduan.

“Pembangkang bukan nak bagi idea atau cadangan sebagai contoh dalam isu harga lantai padi yang apabila kerajaan telah menaikkannya daripada RM1,300 menjadi RM1,500 mereka mempersendakan, cakap tak cukup.

“Sebelum ini mereka diam tak bagi idea dan cadangan pun, tapi bila kerajaan buat mereka cakap ia tak sesuai, tapi saya percaya kalau kerajaan naikkan sampai RM1,800 pun pembangkang akan cakap pula kenapa tak naik RM1,900 atau RM2,000 sahaja harga lantai padi tu. Itulah perangai pembangkang sekarang yang memang tidak senang dengan usaha kerajaan nak bantu rakyat,” katanya.

Pada masa sama, Azhar juga menyeru rakyat untuk mengimbau semangat perpaduan ketika zaman Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri Malaysia Pertama.

Katanya, semangat perpaduan berbilang bangsa dan solidariti terhadap kepimpinan Tunku masa itu begitu terserlah.

“Saya tertarik membaca kenyataan PMX yang mengambil ibrah kepimpinan Tunku Abdul Rahman baru-baru ini.

“Secara tersiratnya, kita boleh mencapai apa sahaja apa yang kita mahukan, kita boleh keluar daripada kemelut masalah selagi kita bersama-sama bersolidariti dengan kepimpinan kerajaan yang memerintah.

“Bagaimana ketika era itu, rakyat boleh bersatu padu berdiri teguh dengan kepimpinan Tunku, sehinggakan rakyat boleh hidup aman damai selain bersama-sama meningkatkan ekonomi negara pasca merdeka.

“Bukan senang nak mentadbir negara ketika itu yang dapat membendung ancaman komunis selain selepas itu kita berjaya membentuk sebuah negara bernama Malaysia bersama Sabah dan Sarawak.

“Sejarah telah terbukti, tanpa solidariti rakyat sepenuhnya negara sukar maju dan berjaya. Yang penting sekarang, kita sebagai rakyat mesti bersolidariti terhadap PMX dan Kerajaan Perpaduan demi kemajuan dan kemakmuran negara,” katanya.

Related Posts

Ada keperluan murid dididik jaga kebersihan termasuk bersihkan tandas – PMX

CYBERJAYA – Semua murid perlu dididik secara pragmatik untuk menjaga kebersihan termasuk membersihkan tandas di sekolah. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, amalan itu tidak wajar dipertikaikan kerana ia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

CYBERJAYA – Satu daripada tujuh kapal Malaysia yang membawa bahan api mengalami kerosakan dan tidak dapat berlepas dari pelabuhan di Selat Hormuz. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebuah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Parti Sedar Rakyat sokong kepemimpinan Premier Sarawak, umum tidak tanding kerusi disandang

Parti Sedar Rakyat sokong kepemimpinan Premier Sarawak, umum tidak tanding kerusi disandang

19,000 kekosongan Tahun Satu di Perak bagi sesi persekolahan 2027

19,000 kekosongan Tahun Satu di Perak bagi sesi persekolahan 2027

1,139kg minyak masak peket bersubsidi disita di Sandakan ‎

1,139kg minyak masak peket bersubsidi disita di Sandakan ‎

Ada keperluan murid dididik jaga kebersihan termasuk bersihkan tandas – PMX

Ada keperluan murid dididik jaga kebersihan termasuk bersihkan tandas – PMX

Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia