Anwar mula lawatan rasmi ke Bahrain malam ini

LAWATAN rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Bahrain bermula malam ini bakal membuka lembaran baharu hubungan diplomatik Malaysia dan negara Asia Barat itu, yang telah mencapai usia 50 tahun.

Duta Besar Malaysia ke Bahrain, Shazryll Zahiran berkata, lawatan pertama Anwar sebagai Perdana Menteri ke negara itu, adalah atas jemputan Putera Mahkota Bahrain Salman Hamad Al Khalifa yang juga rakan sejawatnya.

“Lawatan julung kali Perdana Menteri ke Bahrain ini adalah sangat signifikan yang mencerminkan hubungan akrab antara Malaysia dan Bahrain, yang menginjak 50 tahun hubungan diplomatik.

“Lawatan rasmi ini juga akan menjadi wadah terbaik Perdana Menteri mengetengahkan dasar luar Malaysia, terutama pendirian Malaysia terhadap isu serantau dan global di pentas antarabangsa, serta fokus kepada Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia, selain melengkapkan jajaran lawatan rasmi ke negara di Asia Barat,” katanya kepada media di Manama, Bahrain.

Shazryll berkata, sepanjang lawatan rasmi Perdana Menteri itu, Anwar antara lain akan mengadakan kunjungan hormat rakan sejawatnya bagi membincangkan perkembangan dan kemajuan hubungan Malaysia-Bahrain.

Ini termasuk perdagangan dan pelaburan, pertahanan, keterjaminan makanan, perbankan Islam, industri halal, kesalinghubungan dan pelancongan, selain isu-isu serantau dan global yang berkepentingan.

Manakala bersempena Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia, Shazryll berkata, Anwar turut akan menyampaikan jemputan ke Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) Kedua dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC+China yang akan diadakan di Malaysia kepada Putera Mahkota Bahrain.

Beliau berkata, Anwar juga dijadual menghadap Raja Bahrain Raja Hamad Isa Al Khalifa – satu penghormatan tinggi kepada Malaysia – selain menzahirkan keutuhan hubungan dua hala kedua-dua negara.

Related Posts

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

GOPENG – Penyertaan Malaysia sebagai negara rakan BRICS membuka peluang lebih luas kepada negara untuk memperkukuh hubungan perdagangan dengan negara anggota blok berkenaan yang mewakili lebih separuh daripada populasi dunia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemandu warga emas tersilap tekan pedal minyak, tiga individu cedera di Pandan Perdana
  • AdenAden
  • September 13, 2026

​AMPANG JAYA – Tiga individu dilaporkan mengalami kecederaan selepas dirempuh sebuah kenderaan yang dipandu seorang warga emas di Jalan 4/8 Pandan Perdana, semalam. ​Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

KSU Kementerian Komunikasi edar 200 bungkusan promosi Hari Malaysia 2026 di LTAK

KSU Kementerian Komunikasi edar 200 bungkusan promosi Hari Malaysia 2026 di LTAK