Suspek lepas tembakan di pasar raya maut dalam insiden berbalas tembakan

PUTRAJAYA – Seorang penjenayah kes tembak di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, maut dalam insiden berbalas tembakan dengan polis awal pagi tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, serbuan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama JSJ Selangor di sebuah hotel di Pulau Ketam, Klang, kira-kira jam 3 pagi.

Menurutnya, ketika serbuan, berlaku insiden tembak menembak antara polis dan penjenayah terbabit di bilik hotel berkenaan.

“Suspek berusia lingkungan 30-an mati ditembak dalam insiden itu.

“Polis juga menemui dua pucuk senjata api berisi peluru pada suspek,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, suspek juga dipercayai terlibat dalam insiden melepaskan tembakan di pusat beli-belah di Setia Alam.

Dalam insiden pada 8 Februari itu, Balai Polis Seksyen 6 menerima maklumat kejadian pada jam 10.50 malam.

Suspek kemudian menahan sebuah Perodua Ativa dan mengacukan pistol sebelum mengarahkan untuk membawanya keluar dan turun di tepi lebuh raya sebelum menghilangkan diri.

Related Posts

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

SHAH ALAM – ‘Keselamatan dan kesejahteraan pengunjung adalah keutamaan kami’, demikian penegasan Taman Tema Sunway selepas mengesahkan insiden membabitkan sebuah tarikan di Sunway Lagoon pada 22 Ogos lalu yang melibatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

IPOH – Kegiatan memiliki dan menyimpan daun ketum serta air minuman itu membawa padah apabila lima lelaki tempatan ditahan dalam dua serbuan berasingan di Kerian dan Hilir Perak, pada Isnin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Kemajuan pembinaan jalan ke Ulu Lubai bakal beri manfaat besar kepada penduduk

Kemajuan pembinaan jalan ke Ulu Lubai bakal beri manfaat besar kepada penduduk