KPM guna kabin kondusif atasi isu sekolah padat

KABIN jenis Sistem Binaan Berindustri (IBS) merupakan langkah jangka pendek Kementerian Pendidikan (KPM) menangani isu sekolah padat.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya telah memperuntukkan RM69 juta bagi menyediakan kabin yang kondusif sekali gus memberi keselesaan kepada murid di sekolah yang menghadapi isu berkenaan.

Jelasnya, penggunaan kabin memiliki teknologi itu telah dilaksanakan di Selangor melibatkan 301 bilik darjah di 95 sekolah.

“Jangan bayangkan kabin (yang digunakan) kontraktor itu, bukan (seperti itu), kita sudah ubah dan sesuaikan untuk jadikan kabin berkenaan lebih kondusif.

“Selain itu melibatkan juga dua sesi persekolahan seperti yang telah diamalkan di beberapa buah sekolah,” katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan sempena hari pertama sesi persekolahan 2025/2026 di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pelangi Semenyih, di Semenyih, hari ini.

Hadir sama ialah Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor, Dr Jafri Abu.

Pada masa sama, Fadhlina berkata, KPM turut melaksanakan beberapa intervensi jangka pendek lain termasuk penyuraian murid di sekolah.

“Intervensi (jangka pendek) kita ada pelbagai antara lain termasuk kaedah penyuraian di kelas dan sekolah lain.

“Ini sebenarnya memerlukan komitmen ibu bapa, melibatkan juga dua sesi (persekolahan) misalnya sekolah ini (SK Taman Pelangi) kerana permintaan agak tinggi

“Jadi secara keseluruhannya, pendekatan ini dapat menyelesaikan sementara menunggu pembinaan sekolah-sekolah baharu yang lebih kondusif untuk masa hadapan,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Nibong Tebal itu memaklumkan perkembangan terbaharu bahawa sebanyak 17 sekolah baharu akan dibuka tahun ini, sekali gus membuktikan komitmen kerajaan untuk menyediakan kemudahan terbaik kepada rakyat

“Kita ambil maklum dan beri sepenuh komitmen untuk selesaikan isu-isu seperti sekolah padat dan sebab itu dalam dua belanjawan (sebelum ini) Kerajaan Madani telah menambah (peruntukan) berkaitan pembinaan sekolah baharu.

“Sebelum ini, terdapat 44 sekolah (baharu) dalam Belanjawan 2025 dan 26 sekolah dalam belanjawan sebelum ini (2024).

“Pembukaan dan pembinaan sekolah baharu ini mengambil kira keprihatinan serta perkara sering dibangkitkan oleh masyarakat berkaitan dengan sekolah padat,” katanya.

Related Posts

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) berpandangan Proklamasi mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertarikh 19 April 2026 adalah tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Pengguna domestik yang menggunakan elektrik sehingga 800 kilowatt-jam (kWj) sebulan kini mendapat perlindungan subsidi bil elektrik, susulan keputusan Kerajaan MADANI memperluas had berkenaan daripada 600 kWj. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK