Kerjasama Kementerian Digital, MCMC dan Kerajaan Negeri diperkukuhkan

SANDAKAN –  Kerjasama antara Kementerian Digital, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan kerajaan negeri akan terus diperkukuhkan bagi memastikan segala isu berkaitan teknologi dan infrastruktur dapat diatasi.

Menteri Kementerian Digital, Gobind Singh Deo berkata dalam teknologi dapat memainkan peranan penting dalam pembangunan negeri Sabah.

“Dari konteks Sabah, keperluan sistem teknologi dapat memberi impak positif terhadap semua sektor di negeri ini.

“Itu sebab bila saya datang ke sini saya ada perbincangan dengan pihak negeri juga berkaitan dengan sebenarnya apakah yang diperlukan.

“Antara satu perkara penting yang dibangkitkan dalam perbincangan tersebut adalah isu infrastruktur, khususnya dalam memastikan kesalinghubungan yang kukuh,” katanya dalam sidang media Program Jelajah Malaysia Digital (JMD)@Sabah di di sini pada Ahad.

Gobind berkata, masalah ini akan diberi perhatian khusus dengan usaha menaik taraf dan memastikan tempat-tempat yang memerlukan bantuan dalam aspek keterhubungan dapat diselesaikan.

Beliau berharap dengan program-program ini, semua pihak dapat bersama-sama memanfaatkan teknologi baharu untuk mencapai kejayaan dalam pelbagai sektor.

Tambah beliau, kerjasama ini akan melibatkan bukan sahaja di peringkat kementerian-kementerian tetapi juga dengan setiap Kerajaan Negeri di Malaysia.

“Tujuannya adalah untuk memastikan setiap keperluan negeri dapat dipenuhi, dinilai dan dibantu secara menyeluruh.

“Pelaksanaan program teknologi sudah dimulakan sejak tahun lalu dengan beberapa sektor tertentu telah menerima manfaat daripada teknologi yang diperkenalkan.

“Fokus utama kini adalah membawa teknologi ke sektor-sektor tertentu seperti pertanian, pihak kementerian ingin mendedahkan mengenai kebaikan yang boleh dicapai dengan penggunaan teknologi yang lebih canggih.

“Program-program yang lebih fokus ini dapat membantu sektor-sektor tertentu untuk menggunakan teknologi bagi meningkatkan hasil dan kecekapan,” katanya.

Related Posts

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

PUTRAJAYA – Pemilik berdaftar kenderaan diesel persendirian milik individu yang layak di bawah BUDI Diesel boleh memindahkan kelayakan kepada individu yang benar-benar menggunakan kenderaan tersebut, mulai Rabu. Bagaimanapun, kementerian Kewangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

KUCHING – Kerajaan MADANI mengumumkan penambahbaikan segera terhadap inisiatif BUDI MADANI bagi penyaluran subsidi diesel (Budi Diesel) dengan membenarkan pemindahan kelayakan sehingga maksimum tiga buah kenderaan berkuat kuasa serta-merta. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX

Bantuan tiket penerbangan RM500: Inisiatif MADANI ringankan beban lebih 7,000 pelajar baharu IPT

Bantuan tiket penerbangan RM500: Inisiatif MADANI ringankan beban lebih 7,000 pelajar baharu IPT

Isu MA63 bukan tuntutan sepihak, ia ‘Waad Nasional’ – PMX

Isu MA63 bukan tuntutan sepihak, ia ‘Waad Nasional’ – PMX