Tun Musa zahir rasa syukur golongan muda minat pengajian al-Quran

KOTA KINABALU – Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Dr Musa Aman Tun Musa menzahirkan rasa syukur perkembangan positif golongan muda terhadap pengajian al-Quran.

Beliau berkata, ini berikutan atas pertambahan pusat institusi tahfiz yang dikendalikan masyarakat dan pihak swasta.

“Perkembangan positif ini membuktikan minat golongan muda terhadap pengajian al-Quran semakin meningkat.

“Institut ini juga melahirkan generasi yang cakna al-Quran dan menjadi pemimpin memangkin kepada perkembangan Islam.

“Menandakan kebangkitan Islam sebagai cara hidup yang komprehensif. Para huffaz diharap bukan sekadar menghafal 30 juzuk al-Quran, namun perlu mendalami makna dan mengamalkan ajaran al-Quran dalam kehidupan seharian,” kata beliau semasa berucap menyempurnakan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Sabah tahun 1446H/2025M (MTHQNS25) di sini pada Ahad.

Beliau berharap golongan muda ini sebagai barisan hadapan dalam mempertahankan kemurnian kitab suci ini serta memainkan peranan sebagai pemimpin masyarakat berlandaskan nilai-nilai Islam.

“Tanggungjawab kita bukan hanya memahami al-Quran tetapi menerjemahkannya dalam tindakan agar umat Islam terus maju dan membina tamadun cemerlang.

“Diharap MTHQNS25 ini menjadi penyuluh cahaya ke arah perpaduan dan keharmonian negeri serta negara,”  katanya lagi.

Kata beliau, tema ‘Al-Falah Pemacu Malaysia Madani’ menegaskan komitmen dalam melahirkan generasi berilmu berlandaskan nilai Islam yang sejati.

Related Posts

Malaysia ke arah Negara AI menjelang 2030

KUALA LUMPUR – Malaysia melangkah satu tapak lagi ke hadapan menerusi peluncuran rasmi AI Malaysia, lonjakan penting ke arah aspirasi Negara AI menjelang 2030. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Selama ini kita silap tentang Anwar’ – Anetha

RAMAI sebelum ini menganggap kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak melakukan perubahan yang mencukupi, sedangkan Perdana Menteri berdepan pelbagai cabaran termasuk sokongan politik yang tidak kukuh, kerajaan gabungan serta…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia ke arah Negara AI menjelang 2030

  • By Aden
  • July 28, 2026
Malaysia ke arah Negara AI menjelang 2030

SPRM reman penjawat awam terima rasuah seludup barang untuk banduan

SPRM reman penjawat awam terima rasuah seludup barang untuk banduan

Pahang sasar 35 pingat emas SUKMA Selangor

Pahang sasar 35 pingat emas SUKMA Selangor

Bomba berjaya kawal kebakaran di empat kilang

Bomba berjaya kawal kebakaran di empat kilang

Kerjasama teknologi perlu dimanfaat perkasa bakat tempatan – Masidi

Kerjasama teknologi perlu dimanfaat perkasa bakat tempatan – Masidi

Hidupkan semula ‘roh’ Pesta Sukan Air, Pesta Port Dickson era 90-an

Hidupkan semula ‘roh’ Pesta Sukan Air, Pesta Port Dickson era 90-an