Dipercayai jatuh bot, seorang lelaki ditemukan lemas

TAIPING – Pencarian seorang lelaki yang dipercayai terjatuh dari bot fiber, berakhir apabila mangsa ditemukan lemas dekat Jeti Kuala Sepetang, di sini pada Jumaat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa dikenali sebagai Aziz Bakar, 50, ditemukan oleh sekumpulan nelayan di kawasan tersebut.

Ujarnya, mangsa yang dilaporkan mempunyai penyakit tekanan darah rendah dan sering pitam itu disyaki lemas selepas terjatuh dari bot yang dinaikinya berhampiran dengan perairan laut Kuala Sangga dekat sini semalam sekitar jam 4.30 petang.

“Pihak bomba menerima panggilan pada jam 12.10 tengah malam tadi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping diatur gerak ke lokasi pada jam 8.26 pagi tadi.

“Mereka juga turut dibantu BBP Kemunting, Bagan Serai dan Kuala Kurau.

“Mangsa disedari hilang berikutan rakan mangsa menemui bot mangsa yang hanyut dan mereka cuba membuat pencarian, namun gagal.

“Selain itu, mangsa juga dilaporkan mempunyai penyakit tekanan darah rendah dan sering pitam,” katanya.

Justeru, ujar beliau dalam satu kenyataan pada Jumaat, pihak bomba meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada pagi ini.

Tambah Sabarodzi, anggota kemudiannya melakukan pemeriksaan dan membuka Pusat Kawalan Bomba (PKB) di jeti yang berhampiran.

“Pihak bomba dimaklumkan berhubung penemuan mayat mangsa pagi tadi oleh sekumpulan nelayan.

“Ketua operasi bersama dengan anggota menaiki bot nelayan ke lokasi kejadian untuk membuat pengesahan dan mengambil mayat.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan pada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya lagi.

Operasi berkenaan tamat pada jam 10.33 pagi.

Related Posts

Tuntutan 40 peratus hasil Sabah hak rakyat, bukan agenda politik

KOTA KINABALU – Tuntutan 40 peratus hasil Sabah ditegaskan sebagai hak mutlak rakyat dan bukannya agenda mana-mana parti politik dalam Sesi Libat Urus melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Remaja lelaki 14 tahun lemas ketika mandi sungai

BAU – Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun ditemui meninggal dunia selepas dipercayai lemas ketika mandi di sungai di Kampung Segubang, petang Rabu. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Agong tentukan Ketua SPRM baharu, pilih calon terbaik

Agong tentukan Ketua SPRM baharu, pilih calon terbaik

Tuntutan 40 peratus hasil Sabah hak rakyat, bukan agenda politik

Tuntutan 40 peratus hasil Sabah hak rakyat, bukan agenda politik

Ekonomi MADANI: Bukan sembang kosong atas kertas

Ekonomi MADANI: Bukan sembang kosong atas kertas

Remaja lelaki 14 tahun lemas ketika mandi sungai

Remaja lelaki 14 tahun lemas ketika mandi sungai

Sindiket dadah guna WhatsApp dan kurier tumpas, rampasan cecah RM16.8 juta

Sindiket dadah guna WhatsApp dan kurier tumpas, rampasan cecah RM16.8 juta

JAIP tarik sijil halal 2 syarikat pembekal makanan

JAIP tarik sijil halal 2 syarikat pembekal makanan