Kerajaan beri moratorium perhimpunan aman

PUTRAJAYA – Kerajaan memberi moratorium bagi membolehkan perhimpunan aman berjalan tanpa perlu surat kebenaran pemilik premis.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia sementara menunggu pindaan baharu Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) berkuat kuasa.

“Keputusan ini mempermudahkan apa jua bentuk perhimpunan, kecuali sekiranya perhimpunan itu mencetus ancaman keselamatan,” katanya.

Menurutnya, pindaan Akta 736 akan dibentang di Parlimen pada sesi Dewan Rakyat akan datang.

Jelas beliau, pindaan itu akan mengetepikan keperluan mendapat kelulusan tempat berhimpun, sebaliknya badan atau kumpulan penganjur hanya perlu membuat pemaklumkan kepada polis dalam tempoh lima hari sebelum perhimpunan.

“Ini adalah reformasi penting selaras dengan prinsip Madani yang menjunjung tinggi prinsip demokrasi dan menghormati kebebasan bersuara serta berbeza pandangan,” ujarnya.

Kerajaan sebelum ini bersetuju meminda akta berkenaan dengan menghapuskan syarat bagi penganjur perhimpunan mendapatkan kebenaran pemilik tempat perhimpunan diadakan.

Ia bagi memudahkan rakyat berhimpun secara aman namun penganjur perlu memaklumkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai penganjuran perhimpunan dalam tempoh lima hari sebelum ia diadakan.

Related Posts

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel tanpa subsidi masing-masing turun lima sen seliter bagi tempoh 6 hingga 12 Ogos depan. Kementerian Kewangan (MOF), dalam kenyataan hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

PELAKON filem dan drama Kamarool Yusoff atau lebih dikenali sebagai Cik Man meninggal dunia pada Rabu dipercayai akibat serangan jantung. Allahyarham yang berusia 68 tahun itu menghembuskan nafas terakhir jam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

  • By Aden
  • August 5, 2026
Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak