Johor bakal warta tiga lagi ajaran sesat

JOHOR BAHRU – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) berjaya mengesan empat amalan ajaran sesat di negeri ini dengan tiga daripadanya bakal diwartakan dalam masa terdekat.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, MAINJ dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor sentiasa mengambil pendekatan proaktif bagi mengekang dan menangani ajaran sesat melalui pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Johor Tahun 2014.

Menurut beliau, enakmen berkenaan menetapkan tafsiran Hukum Syarak bahawa umat Islam di Johor hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan bersumberkan aliran al-Asya’irah dan al-Maturidiyah sahaja.

“Sejak 1994 hingga kini, Kerajaan Negeri telah memfatwakan 22 ajaran sebagai ajaran sesat di Johor. Ia termasuklah empat amalan yang berjaya dikesan baru-baru ini dan tiga daripadanya akan diwartakan ajaran sesat dalam tahun ini.

“Ini merupakan tanggungjawab memastikan akidah umat Islam di Johor terpelihara dan keharmonian masyarakat terjaga. Penguatkuasaan dan tindakan perundangan akan terus dilaksana bagi mengekang sebarang penyebaran dan pengamalan ajaran sesat.

“Sehubungan itu, kerajaan negeri memperuntukkan RM14 juta melalui Jabatan Mufti Johor untuk menubuhkan pusat akademi ASWAJA di Pulai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Mohd Fared, pembinaan pusat itu berperanan sebagai rujukan masyarakat bagi menyampaikan perkara penyelewangan akidah dan ajaran yang tidak selari dengan pegangan akidah Ahli Sunnah Waljamaah aliran al-Asya’irah dan al-Maturidiyah.

“Selain itu, Kerajaan Johor juga memperuntukkan RM400,000 bagi mewujudkan Pusat Pemulihan dan Rumah Pemurniaan Syariah Islam bagi ushaa pemurnian akidah di Johor Bahru.

“Pusat pemulihan ini bukan sahaja diwujudkan bagi mereka yang terpesong akidahnya tetapi juga menempatkan golongan LGBT agar kembali ke fitrah asal. Kewujudan pusat pemulihan bagi golok itu merupakan yang pertama di Malaysia dan telah beroperasi sepenuhnya pada Julai 2024,” jelasnya.

Antara ajaran yang telah difatwakan sesat di Johor termasuklah Ajaran Azhar Wahab; Millah Ibrahim atau Abraham; Hizbut Tahrir Malaysia; Ajaran Makrifat Ismail Ariffin atau Lepat; Kumpulan Layar Bahtera dan Kumpulan Darul Arqam atau al-Arqam.

Related Posts

Kerajaan Negeri Sembilan BN dan PN tidak direstui Ahmad Zahid

PORT DICKSON – Spekulasi pembentukan gabungan baharu antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) di Negeri Sembilan dilihat tidak berasas susulan mendapat penolakan daripada kepimpinan tertinggi UMNO. Sumber memaklumkan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki miliki 14 rekod jenayah lampau ditahan, terlibat kes pecah rumah

SARATOK – Polis berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun disyaki terlibat dalam kes curi dalam rumah di Kampung Melango Lama, Saratok, pada Sabtu lalu. Ketua Polis Daerah Saratok,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan Negeri Sembilan BN dan PN tidak direstui Ahmad Zahid

Kerajaan Negeri Sembilan BN dan PN tidak direstui Ahmad Zahid

Lelaki miliki 14 rekod jenayah lampau ditahan, terlibat kes pecah rumah

Lelaki miliki 14 rekod jenayah lampau ditahan, terlibat kes pecah rumah

Aminuddin selesai menghadap Tuanku Muhriz, sidang media diadakan petang ini

Aminuddin selesai menghadap Tuanku Muhriz, sidang media diadakan petang ini

Sabah perkukuh sekuriti makanan dan infrastruktur, tangani impak ekonomi global

Sabah perkukuh sekuriti makanan dan infrastruktur, tangani impak ekonomi global

Suspek serang majlis dihadiri Trump disifatkan sebagai ‘seorang yang sakit’

Suspek serang majlis dihadiri Trump disifatkan sebagai ‘seorang yang sakit’

Krisis bekalan global: Malaysia tumpu ketahanan berdepan risiko bekalan

Krisis bekalan global: Malaysia tumpu ketahanan berdepan risiko bekalan