Proton e.MAS kebanggaan negara, komitmen ke arah persekitaran hijau – Abdul Karim

KUCHING – Pelancaran kereta elektrik (EV) iaitu Proton e.MAS merupakan kebanggaan Malaysia.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kehadiran Proton e.MAS di pasaran tempatan merupakan langkah terbaik dengan aspirasi Sarawak di bawah Strategi Pembangunan Pasca Covid 2030 (PCDS2030)

“Inisiatif ini juga dapat dilihat sebagai menyokong visi Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk memiliki sistem pengangkutan yang mampan dan dikuasai oleh tenaga hijau,” ujar beliau.

Tambah beliau, pelancaran dan pengedaran kereta EV Proton tersebut menandakan satu usaha dan komitmen Malaysia khususnya Sarawak terhadap mobiliti yang mampan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Ghee Hua Co. Proton E-MAS Dealership and Showroom pada Khamis.

Sementara itu, Abdul Karim mengucapkan tahniah kepada Syarikat Ghee Hua kerana berjaya mendapatkan pengedaran kereta elektrik Proton e.MAS yang sangat dinanti-nantikan di Sarawak.

“Syabas atas pelancaran showroom baru mereka yang turut mempamerkan pelbagai model kereta elektrik yang dibangunkan oleh Mercedes Benz dan Geely,” ujar beliau.

Tambah beliau, sudah pasti ramai orang Sarawak khususnya penduduk Kuching teruja untuk memiliki kenderaan EV.

“Ketersediaan pelbagai pilihan EV di bandar kita adalah petanda baik untuk komuniti tempatan kerana ia akan meningkatkan kualiti alam sekitar, menjimatkan kos bahan api dan meningkatkan kemudahan,” jelas beliau. 

Ujar beliau lagi, yang paling penting, ia mempromosikan kelestarian alam sekitar. 

Related Posts

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

SANDAKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera termasuk tambahan dengan keseluruhan sebanyak RM1,500 daripada Kerajaan Persekutuan kepada 300 keluarga terlibat kebakaran di Kampung (Kg) Bahagia, di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

KANGAR – Seramai 15 ahli jawatankuasa (AJK) PKR Cabang Kangar meletakkan jawatan selepas didapati tidak komited dalam menghadiri mesyuarat parti. Ketua PKR Cabang Kangar, Noor Amin Ahmad berkata, tindakan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KKM sangkal dakwaan label hologram gagal, masih berfungsi lindungi pengguna

KKM sangkal dakwaan label hologram gagal, masih berfungsi lindungi pengguna

Bayern ke final Piala Jerman hasil gol Diaz, Kane

Bayern ke final Piala Jerman hasil gol Diaz, Kane

City di puncak EPL lepas menang tipis atasi Burnley

City di puncak EPL lepas menang tipis atasi Burnley

Malaysia tegaskan tiada keputusan unilateral boleh dibuat berkaitan Selat Melaka