
BRUNEI Darussalam telah mengumumkan perubahan baru dalam peraturan mengenai kenderaan dengan cermin gelap pada kadar Visible Light Transmission (VLT) yang diperbaharui.
Peraturan ini, yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) Brunei, akan berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2024.
Peraturan ini juga menentukan kadar minimum cahaya yang mesti boleh menembusi cermin ‘tinted’ kenderaan, bagi memastikan keselamatan dan penglihatan yang optimum di jalan raya.
Para pemandu yang merentasi sempadan Negara Brunei diingatkan untuk mematuhi peraturan baru ini, kerana kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan tindakan undang-undang diambil terhadap mereka.
Pihak berkuasa berharap perubahan ini akan meningkatkan keselamatan jalan raya dan membantu penguatkuasaan undang-undang secara lebih efektif.
Penduduk dan pelawat ke Brunei dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kadar VLT yang baharu serta memastikan kenderaan mereka mematuhi peraturan tersebut sebelum memasuki negara ini.





