Pasaran koko meningkat, LKM seru penglibatan syarikat besar, pekebun kecil

KOTA KINABALU – Pengeluaran koko negara perlu ditingkatkan dengan penglibatan lebih banyak syarikat besar dan pekebun kecil bagi menampung permintaan pasaran yang semakin meningkat.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, pengeluaran koko kini 400 hingga 450 tan metrik biji koko setahun berbanding 20 tahun lalu hanya 300 ribu tan biji koko setahun.

“Ketika ini, negara mengimport hampir 500 ribu metrik tan biji koko untuk diproses dalam negara dan niilai eksport produk koko mencecah lebih RM10 bilion.

“Walaupun sebelum ini koko berdepan pelbagai cabaran termasuk serangan penyakit yang menjejaskan hasil tanaman, dengan kemajuan teknologi banyak penyakit tanaman dapat dikawal sekali gus meningkatkan pengeluaran koko negara.

“Industri koko Malaysia perlu diberi tumpuan bagi mengembalikan semula tanaman koko di negara kerana saiz pasaran dianggarkan sekitar RM12 bilion dan sektor ini berpotensi besar untuk berkembang lebih jauh.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Apresiasi Kecemerlangan Lembaga Koko Malaysia (LKM) di Kota Kinabalu, pada Isnin.

Johari berkata, ramai pekebun kecil memilih untuk menanam kelapa sawit 20 tahun lalu menyebabkan kekurangan pengeluaran koko di negara ini.

“Pada masa itu semua orang nak tanam kelapa sawit, maka hari ini kita beri penerangan bahawa koko juga merupakan satu komoditi yang jika dikendalikan dengan baik, boleh menjadi eksport utama bagi negara,” katanya.

Menurut Johari, Kementeriannya akan terus memberi tumpuan kepada penyelidikan dan pembangunan, khususnya dalam mengatasi setiap penyakit yang dikenal pasti dengan menghasilkan koko serta benih berkualiti tinggi.

Turut hadir, Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin; Pengerusi LKM, Datuk Matbali Musah dan Ketua Pengarah LKM, Datuk Dr Ramle Kasin.

Related Posts

Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

SUBANG – Kementerian Luar menggesa rejim Zionis segera membebaskan 25 rakyat Malaysia yang ditahan ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 ke Gaza di perairan antarabangsa berhampiran Cyprus.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan terus bantu PKS depani tekanan ekonomi global – PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan terus memastikan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mendapat sokongan sewajarnya bagi menghadapi tekanan kos operasi serta ketidaktentuan rantaian bekalan global. Perdana Menteri, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

Kerajaan terus bantu PKS depani tekanan ekonomi global – PM

Kerajaan terus bantu PKS depani tekanan ekonomi global – PM

Tony Pua diminta mohon maaf, DAP digesa ambil tindakan disiplin

Tony Pua diminta mohon maaf, DAP digesa ambil tindakan disiplin

KPM sasar 800 bilik darjah ‘AI Powered Classroom’ menjelang 2027

KPM sasar 800 bilik darjah ‘AI Powered Classroom’ menjelang 2027

Sekolah Tinggi Segamat raih pengiktirafan seabad, lambang kecemerlangan pendidikan

Sekolah Tinggi Segamat raih pengiktirafan seabad, lambang kecemerlangan pendidikan

YDP MPK akui kelemahan diri, mohon maaf isu tular program rakyat

YDP MPK akui kelemahan diri, mohon maaf isu tular program rakyat