Usaha pemulihan aset skandal 1MDB tetap diteruskan – Johari

KOTA KINABALU – Usaha proses pemulihan aset berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tetap diteruskan, kata Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas 1MDB, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Beliau berkata keputusan pembubaran Unit Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (AS) berkaitan dengan penyiasatan skandal 1MDB itu tidak penting untuk negara ini.

“Itu tidak penting dan kita juga terus menjalankan proses pemulihan aset bukan sahaja di AS tetapi juga di negara lain seperti United Kingdom (UK), Hong Kong dan Singapura.

“Kita sedang buat ‘recovery’ di AS, kita masih merasakan bahawa Goldman Sachs masih belum buat penyelesaian dengan kita,” katanya.

Johari berkata, ada pertikaian dengan perjanjian yang ditandatangani oleh Goldman Sachs dengan kerajaan sebelum ini.

“Jumlah AS$1.4 bilion masih belum dibayar oleh Goldman Sachs.

“Mereka cuma bayar AS$2.5 bilion jadi kita kena lawan dalam proses arbitrasi.

“Perkara itu masih dalam proses timbang tara, jadi kita tunggu keputusannya,” katanya ketika ditemui media pada Majlis Apresiasi Kecemerlangan Lembaga Koko Malaysia (LKM), di sini, pada Isnin.

Pada 7 Februari lepas, media tempatan melaporkan wartawan penyiasatan, Bradley Hope mendedahkan DOJ yang memainkan peranan penting dalam siasatan skandal 1MDB diarah dibubarkan.

Penutupan ‘Kleptocracy Asset Recovery Initiative’ (KARI) dan ‘Task Force Klepto Capture’ itu diumumkan oleh Peguam Negara AS, Pam Bondi menerusi emel.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan