
LAHAD DATU – Isteri kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Silam, Dumi Pg Masdal disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 11.23 pagi di Hospital Lahad Datu, pada Isnin.
Menurut sumber, Allahyarham Lendungan Adiman, 59, dikejarkan ke hospital pada pukul 5 pagi bagi mendapatkan rawatan lanjut selepas dikesan tidak sedarkan diri di kediamannya di Taman Bukit Perdana.
Allahyarham telah disahkan menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi serta mengalami kegagalan jantung berfungsi.
Difahamkan, jenazah kini masih di bilik mayat untuk post mortem sebelum dibawa kembali ke kediamannya untuk disolatkan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Barigas.
Allahyarham sebelum ini antara individu yang aktif dalam kebajikan bersama Orang Kurang Upaya (OKU) dan merupakan Penaung Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Harapan Kasih Lahad Datu.


