
KUCHING – Sarawak terus berhasrat untuk memperkukuh kedudukan sebagai hab inovasi hijau menjelang 2030.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata Sarawak terus komited terhadap kelestarian melalui inovasi, pelaburan serta insentif strategik dalam tenaga boleh diperbaharui.
“Sarawak turut melancarkan pelan Sarawak Sustainability Blueprint pada Oktober lalu akan mempercepat pelaburan dan inovatif sekali gus memperkukuh kepemimpinan dalam hidrogen hijau, penangkapan karbon dan bandar pintar,” ujar beliau.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan syarahan bertajuk Envisioning a Low-Carbon Future: Sarawak’s Journey Towards Sustainable Development di Institut Yusof Ishak (ISEAS) di Singapura pada Isnin.
Sementara itu, Abang Johari berkata Sarawak akan memperkenalkan Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) yang dijana dengan kuasa hidrogen serta mengintergrasi dengan sistem kecederasan pintar (AI).
“AI memainkan peranan penting bukan mengoptimumkan laluan dan memantau operasi secara masa nyata tetapi memastikan mobiliti yang lebih bersih, cekap dan mampan,” ujar beliau.




