Pembinaan HPUSIM bakal beri limpahan ekonomi

KOTA TINGGI – Selepas kejayaan projek Petronas di Pengerang, penduduk daerah ini bakal menerima satu lagi limpahan ekonomi berskala besar melalui pembinaan Hospital Pengajar Universiti Sains Islam Malaysia (HPUSIM).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Surat, Aznan Tamin berkata, pembangunan yang bakal dibina tidak lama lagi di mukim Sedili dijangka siap sepenuhnya pada 2033.

Menurut beliau, projek membabitkan dua fasa ini tidak hanya menyediakan prasarana daripada segi perkhidmatan semata-mata, namun ia turut merangkumi bidang pendidikan selain membuka peluang kerjaya kepada orang ramai khususnya warga Kota Tinggi.

“HPUSIM bukan sekadar sebuah hospital, tetapi pusat latihan dan penyelidikan yang akan melahirkan lebih ramai tenaga profesional dalam bidang perubatan.

“Projek ini akan memberi manfaat besar kepada masyarakat setempat dan menyumbang kepada pembangunan kesihatan serta pendidikan di kawasan ini dan keseluruhan warga Kota Tinggi,” katanya.

Terdahulu, Aznan memuat naik sesi tinjauan beliau di tapak projek HPUSIM di Jason Bay, Sedili, di sini, hari ini.

Hadir sama, ADUN Sedili, Muszaidi Makmor; Pegawai Daerah Kota Tinggi, Miswan Yunus dan Timbalan Pengarah Pembangunan, Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti di USIM, Khalid Mohd Ahwan.

Tambah Aznan, dengan keluasan 65 ekar, HPUSIM bukan sekadar pusat rawatan, malah bakal merangkumi pembangunan akademik, asrama pelajar klinikal, kolej kediaman doktor pelatih, asrama jururawat serta kuarters staf.

Projek bernilai kira-kira RM938 juta yang diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan tahun lalu dijangka siap pada 2031 bagi fasa pertama diikuti Fasa 2 pada 2033.

Related Posts

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan menegaskan tindakan Datuk Mubarak Dohak yang menandatangani serta membacakan pengisytiharan menurunkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Balai Undang Luak Sungei Ujong, semalam, adalah tidak sah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

KUANTAN – Penganjuran Malaysia East Coast Trade and Entrepreneur Expo 2026 adalah antara langkah strategik kerajaan Pahang memperkasa komuniti usahawan di Pantai Timur. Rata-rata usahawan ditemui Sinar Harian menyambut baik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Iran beri amaran Selat Hormuz tidak selamat jika eksport disekat

  • By Siti
  • April 20, 2026
Iran beri amaran Selat Hormuz tidak selamat jika eksport disekat

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

Program JHEKS rapatkan masyarakat, agensi kerajaan

Program JHEKS rapatkan masyarakat, agensi kerajaan

Bayern juara Bundesliga, kini sasar Liga Juara-Juara UEFA

Bayern juara Bundesliga, kini sasar Liga Juara-Juara UEFA

Kerajaan Persekutuan, Sabah komited bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kerajaan Persekutuan, Sabah komited bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia