Pekedai kenakan syarat beli minyak masak peket akhirnya terima padah

KULIM – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah menyita kira-kira 2,006 kilogram (kg) minyak masak peket bersubsidi 1kg dari sebuah kedai runcit di Lunas, di sini, kerana mengenakan syarat pembelian barang keperluan tersebut.

Pengarahnya, Muhammad Nizam Jamaludin berkata, pegawai penguat kuasa KPDN Cawangan Kulim telah melakukan uji beli melalui Ops Sabur bagi pengesahan terhadap aduan di premis terbabit.

Beliau berkata, dalam uji beli yang dijalankan, seorang wanita yang bekerja sebagai juruwang di premis itu didapati mengenakan syarat pembelian dengan menetapkan pelanggan perlu membeli barangan lain bernilai RM15 untuk berpeluang membeli dua peket minyak masak bersubsidi 1kg.

“Susulan itu, sepasukan pegawai penguat kuasa yang terdiri daripada lima orang telah memasuki premis tersebut untuk melakukan pemeriksaan lanjut pada jam 10.30 pagi.

“Hasil pemeriksaan mendapati premis tersebut mempunyai lesen menjual barang kawalan seperti gula, minyak masak, dan tepung gandum (GMT),” katanya dalam kenyataaan media.

Beliau menambah, pemeriksaan turut mendapati sebanyak 2,006kg minyak masak peket 1kg bersubsidi berada dalam simpanan di stor premis tersebut.

“Susulan itu, pasukan serbuan telah menyita minyak masak tersebut dianggarkan bernilai RM5,015 untuk siasatan lanjut daripada pemilik premis berusia 39 tahun,” katanya.

Related Posts

Anwar yakin Jemaah Menteri setuju laporan RCI Tabung Haji didedah kepada umum

PERMATANG PAUH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Jemaah Menteri akan bersetuju untuk mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Tabung Haji kepada umum. Beliau berkata, perkara itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua pelajar perempuan ditemukan meninggal dunia di flat Sungai Pari

IPOH – Dua pelajar perempuan berusia 14 tahun ditemukan meninggal dunia di kawasan Flat Sungai Pari, di sini, petang semalam. Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, siasatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar yakin Jemaah Menteri setuju laporan RCI Tabung Haji didedah kepada umum

Anwar yakin Jemaah Menteri setuju laporan RCI Tabung Haji didedah kepada umum

Dua pelajar perempuan ditemukan meninggal dunia di flat Sungai Pari

  • By Aden
  • July 25, 2026
Dua pelajar perempuan ditemukan meninggal dunia di flat Sungai Pari

RM50,000 diperuntuk bagi kelas tuisyen dan gajet percuma pelajar Mukah

RM50,000 diperuntuk bagi kelas tuisyen dan gajet percuma pelajar Mukah

Selangor catat rekod tanpa gangguan air berskala besar selepas SJAM beroperasi

Selangor catat rekod tanpa gangguan air berskala besar selepas SJAM beroperasi

Polis tidak terima laporan rumah Orang Asli dibakar

Polis tidak terima laporan rumah Orang Asli dibakar

Enam maut kemalangan kereta, lori satu tan

Enam maut kemalangan kereta, lori satu tan