Garis panduan umat Islam: DAP, MCA, Gerakan henti buat kenyataan terbuka

PEMIMPIN politik bukan Islam dalam DAP, MCA dan Gerakan digesa untuk menghentikan polemik dan berlumba-lumba membuat kenyataan terbuka berhubung isu garis panduan penglibatan orang Islam di dalam majlis sambutan perayaan atau upacara kematian orang bukan Islam.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara berkenaan hal ehwal agama seperti itu sepatutnya diserahkan kepada pihak berautoriti untuk membahaskannya secara ilmiah.

Tegasnya, semua pihak juga perlu menghormati kedudukan Majlis Raja-Raja Melayu yang berkuasa mutlak dalam menentukan apa jua hal yang berkaitan dengan hal-ehwal dan kepentingan agama Islam.

“Semua pihak harus hormati dan terbuka dengan garis panduan penglibatan orang Islam di dalam majlis sambutan perayaan atau upacara kematian orang bukan Islam yang sedang dibangunkan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menjelaskan mengenainya, Asyraf berkata, garis panduan itu penting kepada umat Islam sebagai suatu asas yang menjadi parameter dan pedoman bagi memastikan adanya pencerahan mengenai batasan tertentu dalam apa jua bentuk amalan yang melibatkan perayaan dan ritual agama agar tidak sampai menjejaskan akidah yang menjadi teras keimanan seseorang.

Sebagai contoh, menurutnya, tiada masalah menghadiri upacara perayaan sesuatu agama sebagai manifestasi keharmonian hidup antara agama yang diamalkan selama ini.

“Namun, batasan menyertai ibadah ritual tertentu yang boleh menjejaskan akidah seseorang perlu dijadikan panduan untuk umat Islam,” katanya.

Selain itu, Asyraf menegaskan, garis panduan itu juga harus dilihat sebagai suatu yang positif untuk bukan Islam supaya sensitiviti umat Islam terhadap satu-satu amalan ritual yang boleh menjejaskan akidah dapat difahami dan dihormati.

Jelasnya, garis panduan itu juga bukan bersifat peraturan atau perundangan kerana hanya sebagai pedoman dan pencerahan ilmu yang bermanfaat buat semua untuk memahami batasan dan sempadan dalam menyertai upacara perayaan dan ibadah agama lain.

“Justeru, tidak perlulah isu ini terus dipolemikkan kerana setiap warga Malaysia mesti teruskan budaya hormat-menghormati dan bertoleransi dalam mengamalkan agama dan budaya masing-masing yang selama ini menjadi teras kekuatan dan keunikan Malaysia sebagai negara majmuk,” katanya.

Related Posts

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

BATU PAHAT – Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kepentingan penguasaan teknologi, pengukuhan nilai kemanusiaan serta penolakan terhadap politik perpecahan kaum dan agama ketika menyampaikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pembahagian kerusi PH Johor selesai, tunggu lampu hijau Anwar

BATU PAHAT – Rundingan pembahagian kerusi antara parti komponen Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor telah dimuktamadkan dan kini hanya menunggu persetujuan rasmi daripada Pengerusi PH,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sambutan Hari Gawai DUN Kabong meriah, perkukuh perpaduan masyarakat

Sambutan Hari Gawai DUN Kabong meriah, perkukuh perpaduan masyarakat

“Game Is On!” – Anthony Loke isyarat PH sedia hadapi PRN serentak Johor, Negeri Sembilan

“Game Is On!” – Anthony Loke isyarat PH sedia hadapi PRN serentak Johor, Negeri Sembilan

Johor perlukan kestabilan, Malaysia perlukan kesinambungan – Presiden AMANAH

Johor perlukan kestabilan, Malaysia perlukan kesinambungan – Presiden AMANAH

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

Pembahagian kerusi PH Johor selesai, tunggu lampu hijau Anwar

Pembahagian kerusi PH Johor selesai, tunggu lampu hijau Anwar

Aminuddin kecewa dikhianati hingga DUN Negeri Sembilan dibubar

Aminuddin kecewa dikhianati hingga DUN Negeri Sembilan dibubar