Israel umum tarik diri daripada Majlis Hak Asasi Manusia PBB

ISRAEL mengumumkan untuk menarik diri daripada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) susulan keputusan Amerika Syarikat untuk tidak lagi mengambil bahagian dalam badan tersebut.

“Israel mengalu-alukan keputusan Presiden (Donald) Trump untuk tidak menyertai Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC).

“Israel menyertai Amerika Syarikat dan tidak akan mengambil bahagian dalam UNHRC,” kata Menteri Luar Israel, Gideon Sa’ar, dalam hantaran di X.

Trump menandatangani perintah eksekutif pada hari Selasa untuk menarik Amerika Syarikat keluar daripada majlis tersebut.

Perintah itu juga melarang AS daripada memberikan sebarang dana tambahan kepada Agensi Bantuan dan Pekerjaan PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA).

Semasa penggal pertama Trump pada Jun 2018, AS menarik diri daripada Majlis Hak Asasi Manusia PBB dengan alasan keanggotaan badan itu diberikan kepada negara yang tidak layak serta mempunyai tumpuan tidak seimbang dan permusuhan berterusan terhadap Israel.

Bagaimanapun, pada Februari 2021, Setiausaha Negara AS ketika itu, Antony Blinken mengumumkan bahawa pentadbiran Presiden Joe Biden akan kembali menyertai majlis berkenaan sebagai pemerhati.

Selain itu, bekas Presiden AS, Joe Biden, telah menghentikan pembiayaan kepada agensi tersebut pada Januari 2024 selepas Israel menuduh 12 pekerjanya terlibat dalam serangan rentas sempadan oleh kumpulan Palestin, Hamas, pada 7 Oktober 2023, yang mencetuskan perang di Gaza.

Penghentian dana itu dijadualkan berkuat kuasa sehingga Mac 2025.

Sebelum penarikan diri Israel dan AS, Majlis Hak Asasi Manusia yang berpangkalan di Geneva ini terdiri daripada 47 negara anggota dengan kerusi yang diagihkan dalam lima kumpulan serantau.

Sejak 1950, UNRWA menyalurkan bantuan kepada pelarian Palestin di Jordan, Lubnan, Syria, Gaza dan Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis Timur.

Related Posts

Lebih 150 orang awam maut akibat operasi tentera AS di Yaman

WASHINGTON – Operasi ketenteraan Amerika Syarikat (AS) mengorbankan 153 orang awam dan mencederakan 243 yang lain sepanjang 2025, menurut seorang pegawai AS, yang memetik penilaian Pentagon. Jumlah itu meningkat ketara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih 100,000 hektar hutan Indonesia terbakar, risiko jerebu rentas sempadan

JAKARTA – Lebih 107,000 hektar kawasan hutan dan tanah di seluruh Indonesia terjejas akibat kebakaran setakat Isnin, dengan kerajaan meningkatkan usaha bagi mengelakkan jerebu rentas sempadan menjejaskan negara jiran. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar