Helikopter terhempas di Bentong, seorang terkorban

SEBUAH helikopter dilaporkan terhempas dan meragut satu nyawa di Bentong, Pahang, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 10.39 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong dikejarkan ke lokasi.

Katanya, kebakaran membabitkan sebuah helikopter pengangkut yang musnah terbakar 100 peratus ketika berada di darat.

“Seorang mangsa iaitu jurutera warga Indonesia disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) disyaki terkena bilah kipas, manakala juruterbang selamat.

“Kebakaran berjaya dikawal dan padam sepenuhnya jam 11.06 pagi dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dipetik Buletin TV3.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dijangka akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar sedang dalam perjalanan ke lokasi kejadian untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Related Posts

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

KUCHING – Kerajaan MADANI mengumumkan penambahbaikan segera terhadap inisiatif BUDI MADANI bagi penyaluran subsidi diesel (Budi Diesel) dengan membenarkan pemindahan kelayakan sehingga maksimum tiga buah kenderaan berkuat kuasa serta-merta. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

KUCHING – Sabah dan Sarawak masing-masing bakal menerima Pemberian Khas interim berjumlah RM1.5 bilion, satu peningkatan ketara yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perkara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hari Malaysia: Perjuangan hak Sabah bukan usaha menjauhkan diri daripada Malaysia

Hari Malaysia: Perjuangan hak Sabah bukan usaha menjauhkan diri daripada Malaysia

Generasi muda digesa fahami sejarah, pelihara hak Sarawak dalam MA63

Generasi muda digesa fahami sejarah, pelihara hak Sarawak dalam MA63

Pembantu kedai cermin mata ditahan kes pecah amanah RM179,000

Pembantu kedai cermin mata ditahan kes pecah amanah RM179,000

United tersingkir saingan Piala Carabao, kalah 2-3 kepada Brighton

United tersingkir saingan Piala Carabao, kalah 2-3 kepada Brighton

Hari Malaysia 2026: KSU Komunikasi hargai komitmen semua pihak, syukur kelancaran majlis

Hari Malaysia 2026: KSU Komunikasi hargai komitmen semua pihak, syukur kelancaran majlis

Pahang rekod kutipan hasil lebih RM1 bilion untuk tahun kelima

Pahang rekod kutipan hasil lebih RM1 bilion untuk tahun kelima