Lelaki hilang ketika mencari siput ditemukan meninggal dunia

KOTA KINABALU – Lelaki yang sebelum ini dilaporkan hilang selepas mencari siput di pantai Kampung (Kg) Kebagu, ditemukan meninggal dunia pada pukul 11.27 pagi pada Khamis.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Timbalan Penguasa Bomba I, Ordine Gilu, mangsa, Marwah Jamiri, 45, ditemukan terapung oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di perairan berhampiran Kg Wak-Wak, Sepanggar.

“Ketua Operasi Lapor telah menerima laporan dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), mangsa berjaya dijumpai oleh pihak TLDM pada pukul 11.27 pagi.

“Mangsa ditemui di kawasan perairan berhampiran Kg Wak-Wak sejauh 2.5 batu nautika dari jarak mangsa dilaporkan hilang,” katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Katanya, mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan lanjutnya.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan sepenuhnya pukul jam 11.52 pagi.

Related Posts

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

KANGAR – Polis mengesahkan rangka yang ditemukan dalam bungkusan guni di sebuah kebun berhadapan kilang beras di sini pada 26 Julai lalu adalah rangka manusia dan kini giat mengesan waris…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

KOTA KINABALU – Polis Daerah Kota Kinabalu berjaya menumpaskan satu kumpulan jenayah dikenali sebagai ‘Geng Andy’ yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan mencuri rim kenderaan di sekitar daerah ini menerusi beberapa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

  • By Aden
  • August 4, 2026
DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa