Dua lelaki warga asing diburu cubaan bunuh, samun dua beranak

BELURAN – Polis sedang memburu dua lelaki warga asing yang dipercayai terlibat dalam kes cubaan membunuh dan samun terhadap dua beranak di kebun persendirian di Kampung Napagang Entilibon, Tongod, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintenden Hasan Majid berkata, kira-kira pukul 3 petang, Balai Polis Telupid menerima laporan daripada seorang wanita tempatan yang dimaklumkan oleh pekerja jirannya bahawa suami dan anak lelakinya telah cedera akibat ditikam menggunakan senjata tajam dipercayai besi untuk mengangkat buah sawit.

“Hasil siasatan mendapati, mangsa adalah suami berusia 50 tahun dan anak lelaki berusia 23 tahun mengalami kecederaan parah di kepala, badan, lengan, belakang badan dan paha akibat ditikam.

“Mereka telah dikejarkan ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, pada Ahad.

Hasan berkata, suspek yang terlibat dalam kejadian ini dipercayai merupakan pekerja kepada mangsa dan telah dikenal pasti sebagai dua lelaki warga Indonesia dikenali sebagai Anuar, 40-an, dan Saril, 20-an.

“Kedua-dua suspek melarikan diri selepas kejadian dengan membawa lari sebuah kenderaan ‘Toyota Hilux Single Cab’ berwarna putih bernombor pendaftaran SAB 7801 P milik mangsa.

“Selain itu, beberapa barang milik mangsa termasuk dokumen penting, telefon bimbit dan dompet turut dicuri,” katanya.

Sehubungan itu, pihak polis Daerah Beluran telah membuka kertas siasatan dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun, denda serta sebat.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian atau keberadaan kedua-dua suspek untuk segera menghubungi pihak berkuasa.

“Orang ramai boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Sandra di talian 011-2806 6182, Asisten Superintendan Polis (ASP) Henry AK Laiyau (010-941 6656), Balai Polis Beluran (089-511 222) atau Balai Polis Tongod (087-748 223),” ujarnya.

Related Posts

Dua lelaki ditahan, Erimin 5 bernilai RM3.3 juta dirampas

KUCHING – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak merampas 32.73 kilogram pil Erimin 5 bernilai RM3.3 juta serta menahan dua lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPT serius tangani aduan, pembaikan dilaksana berperingkat

  • By Fatin
  • October 9, 2026
MPT serius tangani aduan, pembaikan dilaksana berperingkat

GRS cadang 15 kerusi, PH Sabah sedia berunding

GRS cadang 15 kerusi, PH Sabah sedia berunding

Dua lelaki ditahan, Erimin 5 bernilai RM3.3 juta dirampas

Dua lelaki ditahan, Erimin 5 bernilai RM3.3 juta dirampas

Lima lelaki ditahan, polis buru lapan lagi suspek kes khianat

Lima lelaki ditahan, polis buru lapan lagi suspek kes khianat

Ratu Suthida terbangkan jet pejuang secara solo

Ratu Suthida terbangkan jet pejuang secara solo

Abd Halim mahu SPRM kesan risiko rasuah sebelum terlambat

Abd Halim mahu SPRM kesan risiko rasuah sebelum terlambat