Sektor agro pertanian Pahang diperkukuh menerusi lawatan ke Australia

KUANTAN – Sebanyak enam Memorandum Persefahaman (MoU) dimeterai sepanjang Lawatan Teknikal Penandaarasan Sektor Pertanian, Penternakan dan Perikanan Pahang ke Australia bermula 28 Januari lalu hingga 4 Februari.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, antara MoU itu adalah kerjasama strategik pembangunan industri daging wagyu di Pahang antara AGK Dairy Fresh Sdn Bhd dan Austrex Co.

Menurutnya, MoU turut dimeterai antara Rangkaian Delima Sdn Bhd bersama JBS Australia PTY Limited dalam pengimportan, pengedaran dan pembangunan produk halal berasaskan daging.

“Rangkaian Delima juga menandatangani MoU bersama ZML Agritrade PTY LTD dan Australia Halal Authority and Advisers, bagi menjalin kerjasama dalam memastikan rantaian bekalan halal patuh syariah.

“Manakala Lembaga Kemajuan Pertanian Pahang bekerjasama dengan ZML Agritrade PTY LTD, bagi melaksanakan projek ternakan kambing dan bebiri berkualiti tinggi.

“Kerjasama dalam melaksanakan pembangunan latihan, amali dan jaminan kerjaya anak Pahang dalam pertanian, penternakan dan perikanan pula dimeterai Yayasan Pahang bersama ZML Agritrade.

“Yayasan Pahang juga memeterai MoU bersama komuniti Islam Cobram bagi melaksanakan program Tafaqquh Fiddin, tenaga pengajar dan penyediaan bahan rujukan Islam, sekali gus menyantuni komuniti Islam berkenaan bagi mengeratkan hubungan serta memperteguh syiar Islam di luar negara,” katanya melalui kenyataan.

Wan Rosdy berkata, delegasi diketuai beliau yang turut disertai Exco Pertanian Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan Pahang, Datuk Seri Ir Mohd Soffi Abdul Razak juga mengadakan pelbagai pertemuan dan lawatan bagi memperkukuh sektor keterjaminan makanan negeri Pahang.

“Sepanjang lawatan itu, delegasi kerajaan negeri telah mengadakan beberapa sesi lawatan teknikal ke lokasi-lokasi strategik antaranya ke Mainstream Aquaculture, Werribee Victoria, bagi melihat teknologi dan sistem penternakan ikan siakap.

“Turut dilawati, Goulburn Valley Creamery dan ladang lembu Greater Shepparton, bagi melihat proses penghasilan produk tenusu bersama Farm Fresh Berhad dan Rumah Penyembelihan Ternakan JBS melihat proses penyembelihan dan pemprosesan daging yang mematuhi pensijilan halal oleh pihak berkuasa Australia,” katanya

Related Posts

Dua lelaki ditahan, Erimin 5 bernilai RM3.3 juta dirampas

KUCHING – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak merampas 32.73 kilogram pil Erimin 5 bernilai RM3.3 juta serta menahan dua lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima lelaki ditahan, polis buru lapan lagi suspek kes khianat

KUCHING – Polis Sarawak menahan lima lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes khianat menggunakan api yang melibatkan beberapa kedai serbaneka di beberapa daerah di Sarawak baru-baru ini. Pemangku Pesuruhjaya Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua lelaki ditahan, Erimin 5 bernilai RM3.3 juta dirampas

Dua lelaki ditahan, Erimin 5 bernilai RM3.3 juta dirampas

Lima lelaki ditahan, polis buru lapan lagi suspek kes khianat

Lima lelaki ditahan, polis buru lapan lagi suspek kes khianat

Ratu Suthida terbangkan jet pejuang secara solo

Ratu Suthida terbangkan jet pejuang secara solo

Abd Halim mahu SPRM kesan risiko rasuah sebelum terlambat

Abd Halim mahu SPRM kesan risiko rasuah sebelum terlambat

Diberi DNAA bukan bebas pertuduhan, 12 ahli politik boleh didakwa semula

Diberi DNAA bukan bebas pertuduhan, 12 ahli politik boleh didakwa semula

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2