Lima teras utama fokus Kerajaan Negeri Perak, KEMAS pada tahun 2025

LIMA teras utama bakal menjadi fokus untuk dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Perak bersama Bahagian Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Perak pada tahun 2025 ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, fokus tersebut meliputi Program Modul Pra Tahfiz; Pemerkasaan Teknologi Robotik; Tabika KEMAS Berkeperluan Khas (Autisme); Pemerkasaan Masyarakat Madani dan Transformasi Organisasi melalui Penambahan Kakitangan.

Jelasnya, tujuan utama adalah untuk memperkasa masyarakat desa selain mencipta masa hadapan yang cerah untuk semua.

Tegasnya, pendidikan bukan sekadar alat untuk memperoleh pekerjaan, tetapi juga berperanan sebagai salah satu medium dalam membentuk individu berakhlak mulia dan harmoni dalam kehidupan masyarakat.

“Mewakili barisan pentadbiran kerajaan negeri, saya menyatakan komitmen kita untuk bersama-sama keluarga besar KEMAS Negeri Perak dalam menjayakan lima teras utama tersebut.

“Mereka (KEMAS) adalah antara tulang belakang kejayaan dalam merealisasikan aspirasi kerajaan negeri untuk mewujudkan masyarakat luar bandar yang lebih maju dan sejahtera.

“Marilah kita melangkah bersama dengan tekad dan keazaman yang kuat agar gagasan Malaysia Madani dapat kita jayakan seiring dengan cita-cita murni yang kita terapkan dalam pelan Perak Sejahtera 2030,” katanya.

Beliau berkata ketika berucap dalam Majlis Amanat dan Pesanan Pemimpin semperna Program Pemerkasaan Masyarakat Madani KEMAS Peringkat Negeri Perak Tahun 2025, di Dewan Bankuet SUK, Ipoh.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Negeri Perak, Dato’ Mohd Zolkafly Harun dan Ketua Pengarah KEMAS, Datuk Mohd Hanafiah Man.

Mengulas lanjut, Saarani menekankan mengenai kepentingan pendekatan yang pragmatik dalam sistem pendidikan, khususnya dalam kalangan para pendidik masyarakat.

Tegasnya, usaha dalam menyediakan kaedah pedagogi yang terbaik adalah satu keutamaan bagi memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran kepada masyarakat konvensional, terutamanya golongan kanak-kanak.

“Pendidikan yang ditawarkan KEMAS bukan sahaja berfokus kepada aspek akademik semata-mata.

“Malah ia turut memberi penekanan kepada perkembangan holistik kanak-kanak termasuk aspek sahsiah, sosial dan kemahiran kendiri,” ujar beliau.

Justeru itu, Saarani berharap hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan Perak sebagai hub Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Malaysia selari dengan Pelan Perak Sejahtera 2030.

Berkaitan Pra Tahfiz Tabika pula, beliau berkata, ini merupakan satu inisiatif inovatif yang mengintegrasikan modul pendidikan sedia ada dengan elemen hafazan al-Quran.

“Ia bagi membentuk kanak-kanak yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi juga mempunyai asas keagamaan yang kukuh.

“Ini bertujuan untuk melahirkan generasi muda yang versatil, berdaya saing, memiliki jati diri tinggi disamping seimbang antara ilmu duniawi dan ukhrawi,” jelas beliau.

Saarani juga berharap segala usaha untuk terus berbakti kepada rakyat Negeri Perak yang dicintai akan dirahmati dan diberikan kekuatan yang Maha Esa.

Related Posts

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit