Anwar anggap Prabowo sahabat yang setia

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto sebagai sahabat yang setia, sentiasa ada dekat dengannya ketika senang dan susah.

Perdana Menteri berkata, tidak ramai yang berada bersama beliau ketika dalam kesusahan, namun Prabowo tidak pernah meninggalkannya walaupun ketika mempunyai kedudukan.

“Dalam masa duka lara saya, tidak ramai (yang ada). Kita boleh cakap keikhlasan dan kehebatan mereka.

“Saya senaraikan Prabowo antara yang terkecuali kerana kedekatan dan kesungguhan sehingga menimbulkan ketidaksenangan serta kemarahan daripada sesetengah pihak.

“Bagaimanapun, tentunya setiap kali mempunyai kesempatan, beliau tidak pernah meninggalkan walaupun semasa itu ada jawatan dan kedudukannya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Prabowo di ibu negara, hari ini.

Presiden Indonesia itu berada di Malaysia untuk lawatan negara selama sehari, atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Sementara itu, Prabowo merakamkan penghargaan atas sambutan negara diberikan kepada beliau dan delegasi di Istana Negara pagi tadi, termasuk dikurniakan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati I oleh Sultan Ibrahim.

Katanya, beliau dan Kesultanan Johor mempunyai hubungan erat dan sangat lama, menjangkau 45 tahun sejak beliau dan keluarganya menetap di Malaysia.

“Saya dan Yang di-Pertuan Agong pernah bersekolah bersama di Amerika, jadi hubungan ini lama.

“Jika ke Malaysia, saya merasa seperti pulang ke kampung kerana saya membesar dan bersekolah di Malaysia.

“Orang tua saya sangat dekat dengan pengasas Malaysia moden, Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak. Jadi kita banyak hubungan emosi dengan Malaysia,” katanya.

Related Posts

Pengeluaran ATM antara bank kini percuma, caj RM1 dimansuhkan mulai hari ini

KUALA LUMPUR – Bermula hari ini, semua pengeluaran tunai antara bank menerusi mesin juruwang automatik (ATM) dan Mesin Smart Recycler (SRM) di seluruh negara tidak lagi dikenakan caj RM1 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kekerapan tren LRT3 akan dikaji jika jumlah penumpang meningkat

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan akan menilai semula kekerapan perkhidmatan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) sekiranya jumlah penumpang menunjukkan peningkatan sepanjang bulan pertama operasi. Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN mungkin hilang kuasa mutlak selepas PRN Johor

BN mungkin hilang kuasa mutlak selepas PRN Johor

Dedah bahaya dadah seawal sekolah rendah, putus rantaian akar umbi

Dedah bahaya dadah seawal sekolah rendah, putus rantaian akar umbi

Pemuda PBB minta Putrajaya, SPR segerakan kelulusan 17 kerusi DUN Sarawak

Pemuda PBB minta Putrajaya, SPR segerakan kelulusan 17 kerusi DUN Sarawak

Cheah tekad bangunkan Serkat sebagai destinasi pelancongan, perkasa infrastruktur

Cheah tekad bangunkan Serkat sebagai destinasi pelancongan, perkasa infrastruktur

Pengeluaran ATM antara bank kini percuma, caj RM1 dimansuhkan mulai hari ini

Pengeluaran ATM antara bank kini percuma, caj RM1 dimansuhkan mulai hari ini

Haaland watak penting kemenangan Norway atasi Ivory Coast 2-1

Haaland watak penting kemenangan Norway atasi Ivory Coast 2-1